Kantoi !!! Remaja Bawah Umur Dicekup Melakukan Maksiat Dengan Janda Bergetah

loading...


Alor Setar: Seorang lelaki sanggup berpura-pura konon wanita berusia 40 tahun yang dicekup bersamanya kerana disyaki berkhalwat sebagai ibu saudaranya kerana bimbang ditahan pihak berkuasa dalam operasi maksiat di sebuah hotel bajet di Jalan Pintu 10 di sini, kelmarin.

Lelaki berusia 27 tahun itu turut memberi alasan tidak melakukan apa-apa dengan memberi alasan menyewa bilik hotel berkenaan untuk berbual dengan pasangannya.

Bagaimanapun, helah lelaki itu terbongkar apabila wanita terbabit mengaku lelaki itu adalah kenalannya ketika disoal siasat anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK).

Penolong Pengarah Bahagian Undang-undang dan Penguat Kuasa JAIK Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, berdasarkan maklumat, pihaknya membuat pemeriksaan di hotel bajet berkenaan dan mengetuk sebuah pintu bilik disyaki disewa pasangan terbabit.

Menurutnya, seorang lelaki berpakaian lengkap membuka pintu dan terkejut melihat anggota JAIK sebelum membenarkan pemeriksaan.

“Ketika itu terdapat seorang wanita dipercayai bersembunyi dalam bilik air dalam keadaan takut dan hasil siasatan awal mendapati mereka tidak mempunyai sebarang hubungan mahram atau suami isteri, malah lelaki itu cuba memperdaya penguat kuasa konon wanita itu ibu saudaranya, namun gagal,” katanya, semalam.

Katanya, wanita itu dipercayai ibu tunggal kepada tiga anak manakala lelaki berkenaan masih bujang dan dipercayai sudah mempunyai teman wanita.
loading...

0 Response to "Kantoi !!! Remaja Bawah Umur Dicekup Melakukan Maksiat Dengan Janda Bergetah"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close