INI DIA RUPANYA PEMAIN BOLASEPAK TERKENAL NEGARA yang ditahan SPRM - Sogok RM30,000, Tiga Pemain Bola Sepak Ditahan SPRM Read

loading...


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pemain Persatuan Bola Sepak India Malaysia (Mifa) kerana disyaki mengambil rasuah daripada 'bookie' sehingga mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit sebagai habuan untuk menentukan keputusan perlawanan Liga Perdana Malaysia.
Menurut sumber, dua suspek merupakan pemain tempatan berusia 26 dan 27 tahun, manakala seorang lagi pemain import berusia 29 tahun.
Berdasarkan siasatan awal, suspek menerima rasuah antara RM10,000 hingga RM30,000 daripada 'bookie' untuk menentukan keputusan perlawanan.
"Suspek-suspek terlibat dalam kegiatan tersebut sejak beberapa tahun lalu," kata sumber.
Tambah sumber, kemungkinan lebih ramai yang akan ditangkap dalam waktu terdekat berhubung siasatan kes tersebut.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.
Beliau berkata, SPRM tidak bertolak ansur dengan perbuatan sedemikian yang boleh menjatuhkan reputasi sukan negara.
"SPRM akan terus memantau dan menyiasat pemain-pemain bola sepak serta akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya perlu," tegas Azam.
Selasa lalu, Azam sambil memberi amaran berkata, terdapat beberapa pemain bola sepak tanah air berada dalam radar SPRM dan akan diambil tindakan.

loading...

0 Response to "INI DIA RUPANYA PEMAIN BOLASEPAK TERKENAL NEGARA yang ditahan SPRM - Sogok RM30,000, Tiga Pemain Bola Sepak Ditahan SPRM Read "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close