loading...
Dalam perkongsian kali ini, ada 7 perkara rahsia yang biasanya tidak diberitahu oleh suami kepada isteri secara terus terang tetapi mereka sangat mendambakan perkara tersebut.
1. Suami mahu di hormati
Jika dipilih antara cinta atau rasa dihormati bagi lelaki dan suami, maka suami akan memilih untuk rasa dihormati berbanding rasa dicintai. Ini adalah sangat berbeza bagi wanita yang mana mahu dicintai.
Suami, terutama sekali lelaki Islam, telah diajar bahawa suami meruapakan ketua rumah tangga yang telah ditekankan dan diajar sejak kecil lagi bahawa merekalah yang akan menanggung keluarga.
Amat sukar bagi seorang lelaki untuk pulang ke rumah yang dirinya tidak dihormati justeru, isteri perlulah meletakan rasa hormat kepada suami sebagai asas dan keutamaan dalam rumah tangga.
Tiada hormat maka tiadalah cinta yang akan diberikan oleh suami dan amat sukar bagi seorang suami yang bersusah payah mencari rezeki untuk keluarga yang apabila pulang kerumah tiada rasa hormat diberikan kepadanya.
Lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita, kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas wanita dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.
"Maka wanita-wanita yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya) dan memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan wanita-wanita yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar." Surah An-Nisa , Ayat 34
2. Suami ingin memiliki isteri yang setia
Apabila dikatakan memiliki isteri yang setia bukanlah bermakna memiliki isteri yang tidak curang namun, sifat curang pasangan merupakan cara yang paling cepat dan mujarab untuk menghancurkan sesebuah rumah tangga.
Suami memerlukan isteri atau wanita dalam hidupnya walaupun ada suami yang menyangka bahawa dia boleh hidup tanpa wanita. Hakikatnya, lelaki amat memerlukan seorang isteri.
Justeru, berilah apa yang suami inginkan iaitu kesetian, yang bermaksud memiliki isteri yang sentiasa ada bersama mereka ketika susah dan senang.
Lelaki sering memikirkan sama ada isteri mereka akan tetap bersama mereka jika berlaku masalah kewangan, kehilangan pekerjaan, dilanda penyakit yang menyebabkan kehilangan mata pencarian. Kegagalan dalam perniagaan atau suami terpaksa berhenti kerja untuk menyambung belajar atau ketika suami difitnah dan menyebabkan nama baiknya tercalar.
Kesetian merupakan asas dalam perhubungan bagi suami dan jika isteri setia pada suami, maka kesetian jugalah yang akan diberikan oleh suami kepada isteri.
3. Suami sentiasa mahu keperluan hubungan intim dipenuhi
Setuju atau tidak, hubungan intim merupakan satu keperluan bagi suami walaupun perkara ini tidak dibincang secara terbuka.
Namun, fisiologi dan biologi suami amat memerlukan hubungan intim sebagai salah satu perkara yang diinginkan dari isteri.
Menolak atau mencari alasan untuk tidak bersama suami merupakan salah satu perkara yang akan menyebabkan suami rasa di tolak dan tidak dihargai.
Hadis:
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya, ”Apabila seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidur, tetapi tidak diendahkan oleh isterinya, lalu malam itu suaminya marah kepadanya maka isteri itu mendapat kutukan malaikat sehingga Subuh.” Hadis riwayat Muslim
Jadi, berusahalah sebaik mungkin untuk memenuhi kehendak suami. Jika berada dalam keadaan uzur atau tidak sihat, tolaklah dengan cara baik dan beritahu masa lain untuk bersama. Isteri juga boleh mengambil inisiatif untuk bersama suami. Ini akan menambahkan lagi kasih sayang dalam rumah tangga.
Keinginan seks juga berkait rapat dengan 2 perkara di atas iaitu rasa hormat dan memilki isteri yang setia.
4. Suami secara semulajadi memikirkan tentang wanita lain
Maksud berfikir tentang wanita lain bukanlah bermaksud suami curang kepada isteri atau suami berfikir untuk kahwin dua atau suami berfantasi dengan perempuan lain.
Ini adalah lumrah dan sifat semulajadi dan perkara ini bukanlah rahsia dikalangan lelaki.
Untuk mengelakkan suami daripada berfikiran terlalu jauh memikirkan wanita lain, berikan 3 perkara asas yang disebutkan tadi, hormat, setia dan hubungan seks.
Insyallah, suami akan teragak-agak untuk mencari wanita lain jika 3 perkara ini dipenuhi dan akan suka serta berusaha untuk menggembirakan hati isterinya.
5. Suami suka mengembirakan hati isteri
Suami secara semulajadi mahu dan ingin mengembirakan hati isteri. Cara suami mengembirakan hati isteri adalah dengan berkerja kuat untuk mencari duit untuk keluarga. Kenapa suami berkerja kuat? Bukankah untuk mengembirakan hati isteri?
Kadang kala suami sanggup mengambil risiko berniaga untuk menambahkan pendapatan kelurga. Kenapa suami sanggup bersusah payah? Bukankah untuk memenuhi keperluan isteri?
Suami juga suka dan berusaha untuk memberi hadiah kepada isteri. Jadi pakailah dan hargailah pemberian suami walaupun begitu, isteri janganlah mengungkit dan mencari kesalahan suami tentang apa yang dia tidak lakukan untuk isteri.
Atau mencari jalan untuk menggaggalkan usaha suami untuk mengembirakan hati isteri. Contohnya dengan mempertikaikan harga barang yang dihadiahkan suami.
Ini akan menyebabkan suami kecewa dan rasa tidak dihormati. Rasa hormat merupakan perkara pertama yang diingini oleh suami yang tidak diberitahu kepada isteri.
6. Suami suka isteri yang sentiasa berpesan kepada mereka
Allah Berfirman dalam surah Al-Asr ayat 3, "Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
Suami suka isteri yang sentiasa berpesan perkara-perkara yang baik kepada mereka. Nasihat secara hikmah dari isteri ini akan menyebabkan suami rasa dan mahu menjadi suami dan muslim yang lebih baik. Jangan paksa suami, kerana tiada paksaan dalam Islam. Memaksa suami mungkin tidak akan berkesan langsung.
Isteri yang baik sentiasa berpesan kepada suami agar solat berjemaah dan masjid, meminta solat subuh bersama atau tolong kejutkan suami.
Puji kekacakan suami sekiranya dia bercukur atau mengemaskan diri. Perkara perkara kecil ini merupakan perkara yang disukai suami tetapi tidak diberitahu kepada isteri.
7. Suami mencintai isteri mereka tetapi tidak mempamerkannya
Ini merupakan sifat semulajadi lelaki. Lelaki memang sukar mempamerkan emosi mereka kecuali bab yang merupakan minat mereka(sukan, kereta, gadjet atau politik).
Perkara ini memang sukar diterima dan ditelan oleh isteri yang merasakan bahawa suami mereka tidak mencintai atau tidak memberi perhatian kepada mereka.
Biasanya suami tidak pandai untuk mempamerkan rasa cinta dan tidak melafazkan kata cinta dengan kerap seperti yang mahu didengari oleh isteri mereka.
Namun, suami yang sanggup berkahwin dengan isteri telah membuktikan bahawa mereka mencintai isterinya.
Lelaki biasanya tidak akan berkahwin dengan wanita yang mereka tidak cintai atau sukai.
Justeru itu, isteri sendiri boleh mengetahui sama ada suami mencintai diri mereka atau tidak melalui perbuatan suami walaupun tidak dilafazkan.
Misalnya, suami berusaha bersungguh-sunguh untuk menyelesaikan masalah isteri. Suami berusaha untuk memastikan isteri gembira atau perkara-perkara kecil yang dilakukan suami.
Jadi, kepada para isteri gunakan rahsia ini untuk faedah dan manfaat diri anda sebaik-baiknya.
loading...
0 Response to "7 Perkara Yang Suami Rahsiakan Dari Isteri"
Post a Comment