WAJIB BACA !! Saintis Membuktikan Virus ACTV-1 Penyebab Manusia Jadi Bodoh! ..makanan APA YANG MENYEBABKAN ANDA ' BODOH' ??..sebab tu la ISLAM melarang kita MAKAN....

loading...
ajuk artikel kali ini menggunakan perkataan yang agak kasar tapi sebenarnya adalah fakta yang telah dibuktikan oleh saintis.

Virus ACTV-1

Menerusi penemuan terbaru hasil kajian saintis mendedahkan bahawa setiap daripada kita sebenarnya berpotensi untuk menjadi dungu atau kurang cerdik.

Pada tahun 2014, sekumpulan saintis dari Amerika Syarikat yang menjalankan kajian mencari punca danpenyebab terjejasnya fungsi kognitif pada manusia telah menemui secara tidak sengaja sejenis virus berbahaya yang dipanggil Acanthocystis Turfacea Aclorella Virus 1 (ACTV-1).

Virus ini bukanlah penyebab kematian tetapi dipercayai boleh membuatkan seseorang yang dijangkiti menjadi bodoh.

Saintis dari Johns Hopkins University, Baltimore dan University of Nebraska telah cuba untuk memahami bagaimana virus tersebut muncul dan menjangkiti manusia.

Bagi mencari jawapannya, mereka melakukan ujian fungsi kognitif ke atas 33 orang individu, termasuk pemeriksaan pada tekak sampel.

Selepas mengawal pelbagai pemboleh ubah, saintis mendapati sesuatu yang tidak dijangka kerap muncul pada tekak sampel.

Apabila kajian diperluaskan dari 33 orang kepada 92 orang, keputusannya tetap sama. Hampir separuh daripada sampel atau 44 orang didapati mempunyai virus ACTV-1 pada kerongkong mereka.

Kesan Virus ACTV-1

Berdasarkan kepada penelitian, sampel dikesan mengalami prestasi penurunan pada kemampuan otak terutama dalam mengenal pasti gambar dan visual.

Virus tersebut turut memiliki keupayaan untuk menggandakan DNAnya lantas mengawal ekspresi gen dalam otak manusia termasuk memori dan emosi.

Saintis seterusnya melanjutkan kajian mereka ke atas tikus dan sangat mengejutkan, keputusan ujian makmal terbukti sama seperti ujian awal dimana kesan penurunan kecerdasan otak turut didapati menyerang tikus-tikus yang tersebut.

Tikus-tikus tersebut telah diberikan virus ACTV-1. Saintis kemudiannya melakukan analisis pada gen hippocampal dalam otak tikus yang dijangkiti.

Keputusan menunjukkan bahawa lebih daripada 1,200 gen telah dijangkiti virus ACTV-1.

Antara gen-gen tersebut adalah yang diketahui memainkan peranan dalam pembentukan pembelajaran dan ingatan.

Kesannya, tikus-tikus yang diserang ACTV-1 semakin kurang cerdas dalam melakukan tugas-tugas mudah termasuk cara bagaimana untuk mendapatkan sepotong keju.

Sebelum dijangkiti virus ACTV-1, tikus memiliki kemampuan luarbiasa ketika mencari sumber makanannya, walau dalam keadaan apa sekalipun.

Apa Itu Virus ACTV-1?

Sepanjang sejarah perubatan manusia, berjuta-juta jenis virus telah diketahui hidup dalam tubuh manusia.

Dan buat pertama kalinya, saintis kini sedang cuba untuk mengkaji keupayaan virus-virus ini dalam menyerang tubuh manusia.

Virus ACTV-1 sebenarnya bukanlah asing dalam kehidupan manusia. Kehadirannya boleh ditemui pada sejenis tumbuhan jenis alga yang banyak terdapat di persekitaran kita, terutamanya dalam tasik air tawar.

Alga merupakan organisma autotrof iaitu organisma yang mampu mengubah bahan an-organik menjadi organik.

Dengan kata mudah, ia berupaya membuat makanannya sendiri dengan bantuan tenaga seperti tenaga cahaya matahari dan kimia.

Bagaimanapun, berbeza dengan virus ACTV-1, virus ini didapati memiliki keupayaan diluar ramalan saintis.

Virus ACTV-1 tidak mendatangkan penyakit atau kematian seperti virus Ebola. Kehadiran virus ACTV-1 dalam tubuh manusia juga langsung tidak disedari.

Seseorang yang dijangkiti tidak akan merasakan sebarang tanda-tanda awal.

Malangnya, untuk kesan jangka panjang, tahap kognitif seseorang individu akan menurun menjadi kurang cerdik berbanding sebelumnya.

Bagaimana Virus ACTV-1 Berjangkit?

Virus ACTV-1 didapati bukan hanya menyerang perenang atau peminat sukan air, malah mereka yang tidak pernah melakukan aktiviti sukan air juga dijangkiti.Bagaimana virus ACTV-1 menjangkiti mereka yang bukan peminat sukan air masih menjadi tanda-tanya dan sedang dalam kajian.

Apa sekalipun, marilah kita bersyukur dan memanfaatkan sedikit kebijaksanaan yang ada sebaik mungkin tanpa perlu merasakan diri terlalu bagus berbanding orang lain.

Semoga memberi manfaat.

loading...

0 Response to "WAJIB BACA !! Saintis Membuktikan Virus ACTV-1 Penyebab Manusia Jadi Bodoh! ..makanan APA YANG MENYEBABKAN ANDA ' BODOH' ??..sebab tu la ISLAM melarang kita MAKAN...."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close