Kewujudan Biawak Besar di Universiti Kejutkan Netizen Apabila Gambar Haiwan itu Dikongsi di Facebook

loading...


Satu foto yang sempat merakamkan kewujudan seekor biawak di Universiti Silpakorn di Nakhom Pathom menjadi viral apabila dikongsi di Facebook dan menerima lebih dari 9,000 dan lebih 2,000 komen dari netizen yang rata-rata terkejut.

Dan ada juga yang tidak percaya dengan berkata gambar itu telah diphotoshop.

Bagaimanapun, pelajar di universiti terbabit berkata keberadaan biawak itu perkara biasa di kampus Sanamchadra Palace dan foto itu cuma sekadar 'hari-hari biasa' di Universiti Silpakorn.

Pelajar-pelajar universiti itu menjelaskan tentang biawak terbabit di ruangan komen dan antara sebab mengapa biawak itu boleh menjadi sebesar itu adalah kerana orang ramai selalu memberinya makan - sama seperti memberi makan kepada itik.

"Gambar itu tidak diphotoshop. Saya belajar di Silpakorn. Mereka (biawak) di sana adalah sekurang-kurangnya dua meter panjang. Yang paling besar saya lihat hampir tiga meter dan sangat gemuk. Orang ramai memberinya makan." kata Pagnum Salapao.



Selain itu, ada juga pelajar yang berkongsi pengalaman bersama haiwan terbabit ketika melakukan kerja seni.

"Ketika saya sedang melukis berdekatan kolam itu, tiba-tiba haiwan besar itu timbul, seolah-olah ia mahu ke tebing. Saya pandangnya dan ia juga memandang saya. Kedua-dua kami seolah-olah kebingungan.

"Selepas 10 saat, ia kembali masuk dalam air dan saya kembali melukis." kata Zuparerk Sornwit.
loading...

0 Response to "Kewujudan Biawak Besar di Universiti Kejutkan Netizen Apabila Gambar Haiwan itu Dikongsi di Facebook"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close