Stesen Keretapi Jadi Huru Hara Selepas 60 Ekor Lembu Masuk Menceroboh Stesen Tersebut

loading...


Penumpang di stesen keretapi Hever di Kent terpaksa menghadapi penangguhan perjalanan apabila trip keretapi mereka terpaksa dibatalkan gara-gara sekawan lembu yang datang menceroboh stesen itu.

Sekawan 60 ekor lembu tiba-tiba muncul entah dari mana dan mula memenuhi platform keretapi.

Insiden aneh itu disebarkan menerusi Twitter yang memaparkan platform stesen Hever dipenuhi dengan lembu hitam putih itu.

Haiwan itu bukan sekadar menceroboh platform terbabit, malah turut membuat 'drama' ketika dihalau.

Penumpang, Francesca Ryan berkata salah seekor lembu itu terjatuh ke landasan ketika cuba dihalau oleh seorang pekerja stesen.



Southern Rail mengumumkan servis keretapi mereka mungkin akan dibatal atau ditangguhkan selama setengah jam susulan pencerobohan itu.

"Sekumpulan lembu (sehingga 60) sedang berada antara Hever dan Ashurst.

"Petugas Network Rail sedang berusaha untuk menghalau lembu-lembu ke tempat mereka sepatutnya berada. Setakat ini, tiada servis untuk perjalanan dari Oxted dan Uckfield.

loading...

0 Response to "Stesen Keretapi Jadi Huru Hara Selepas 60 Ekor Lembu Masuk Menceroboh Stesen Tersebut"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close