'SAYA PARKIR HANYA 3 KOTAK SEBELAH GUARD!' - LELAKI INI BONGKAR SINDIKET ROSAKKAN KERETA DI KTM SALAK SELATAN

loading...


Dari aduan yang diterima;

Assalamualaikum. Mohon sebarkan kepada orang awam untuk peringatan. Kejadian ini berlaku pada hari sabtu 7 Januari yang lalu di KTM Salak Selatan.

Saya menasihatkan kepada orang awam untuk tidak meletak kenderaan anda di KTM Salak Selatan kerana ada satu kumpulan/sindiket yang buat kerja khianat pada kenderaan di sana. Hari tu saya nak masuk KL dan meletak kereta di situ dengan bayaran RM3/per day lebih kurang jam 2 petang.


Saya kembali lebih kurang jam 930 malam dan bila nak start enjin kereta, tak boleh start. Walhal saya yakin bateri okay dan saya baru lepas servis kereta 2 hari sebelum tu. Tiba2 ada seorang ni datang dan offer untuk bantu. Bila dia kata dia nak ambil alat2 dia, saya terus tolak dengan cara baik dan saya cakap saya dah call kawan saya (walhal saya tak sempat pun call sape2 sebab baru sangat jadi)

Masa tu saya dah mula syak. Dia keep on nak tolong. Try to hard sangat. dia cakap dia pomen la ada bengkel la. Tapi saya tetap tolak. Kemudian lepas dia balik, saya perasan kawasan parkir takde pengawal. Lengang takde orang. Jam dah pukul 10 dan KTM pun dah last train. Kemudian saya balik rumah dulu dengan bantuan orang lain sebab abang ipar saya akan datang esok.

Esoknya abg ipar saya datang dan tengokkan kereta. Abg ipar sy pun tak pasti apa masalah sebab tengok semua ok. Jadi saya decide untuk minta tolong abang pomen yang servis kereta saya kelmarin. Abg tu setuju dan ikut sekali. Lama abang ni cari punca. Lebih kurang sejam. Macam2 benda dia syak sampai syak kunci kereta sebab saya baru tukar kunci baru.


Sampailah abang tu check bawah kereta, terus dia cakap ni ada orang sabotaj. Rupa-rupanya tali sensor kereta saya dipotong! Dipotong cantik ok. Macam guna cutter. Allah. Saya terus terfikir orang semalam. Nak tak nak memang kena ganti tali tu. Jadi dengan rasa sadis di tengah bulan ni saya meng-iakan aje untuk tukar. Abang pomen cakap dia tak syak benda ni yang punca sebab benda ni susah nak rosak. Dan memang orang aim benda ni sebab hanya tunduk bawah kereta dan potong!

Jadi, pengajaran di sini untuk masa depan, janganlah parkir kat sana lagi sebab saya yakin kerja khianat ni team2 yang melepak dekat KTM tu. Kalau nak tahu team yang mana, senang je korang pegi la KTM tu tengok ada geng2 ni duduk melepak sebelah post guard. Dan, guard pun duk melepak sekali ok!


Saya parkir tu hanya 3 kotak sebelah post guard. Bukannya saya letak kat ceruk sampai orang tak boleh nampak. Satu lagi, masa saya sampai malam tu on the way pergi kereta, team2 tu ada lagi tengah melepak situ. Bila saya dah start kereta, saya perasan semua takde kecuali yang datang nak tolong saya tu. Semua dah balik agaknya, Jadi, kalau masa saya sampai diorang masih ada kat sana, mesti diorang potong pun waktu diorang ada kat situ kan? So, tak boleh timbul isu ada orang potong sebab takde orang atau kawasan lengang sunyi takde orang. Sah2 diorang ada kat situ.

Masa abang pomen tengah baiki pun, team2 dia ada tapi dalam 2-3 orang je termasuk guard. diorang tengok-tengok je saya dan senyum-senyum, Sakit hatinya rasa.

Untuk pengajaran masa depan kalau nak sangat naik KTM, minta la sape2 hantar ke KTM atau naik Uber je pergi KTM. Tak perlu la nak letak kereta situ walaupun motosikal. Saya kesal sebab saya bayar parking dan kawasan berpagar pulak tu. Bukannya saya parkir mana mana hala.

Ini semua pengajaran. 
Hati-hati ok!

- Azzam Fadzil
loading...

0 Response to "'SAYA PARKIR HANYA 3 KOTAK SEBELAH GUARD!' - LELAKI INI BONGKAR SINDIKET ROSAKKAN KERETA DI KTM SALAK SELATAN"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close