loading...
Seorang pekerja Amerika Airlines telah digantung tugas selepas video perbalahannya dengan beberapa anak kapal, penumpang dan seorang wanita membawa anak kecil tular di media sosial.
Pekerja itu pada awalnya dilihat bertindak merampas kereta sorong bayi wanita yang sedang menangis itu, dan didakwa telah memukul wanita tersebut dengan kereta sorong tersebut.
Pukulan itu hampir terkena anaknya, kata pengguna Facebook Surain Adyanthaya, yang memuat naik video itu pada Jumaat.
Jurucakap American Airlines, Leslie Scott berkata syarikat penerbangan itu sedang menyiasat kejadian yang berlaku dalam pesawat 591 yang menuju ke Dallas dari San Francisco.
Scott berkata, perbalahan itu berlaku berikutan pertikaian tentang sama ada wanita itu boleh membawa kereta sorong bayi di dalam penerbangan berkenaan.
Dalam video tersebut, wanita tersebut dilihat meminta kereta sorong bayinya yang telah dirampas oleh kru kapal.
Melihatkan kekecohan itu, seorang penumpang lelaki kemudiannya berjalan ke ruang hadapan kabin dan meminta nama pekerja yang mengambil kereta sorong bayi dari wanita itu, sebelum berjalan kembali ke tempat duduknya.
Sejurus kemudian, seorang lagi pekerja syarikat penerbangan itu, yang Scott namakan sebagai atendan penerbangan, memasuki pesawat itu.
Penumpang lelaki tersebut dilihat bertengkar dengannya.
"Kalau awak buat dekat saya, saya akan pukul kamu sampai kamu pengsan,” ujar penumpang itu kepada atendan penerbangan tersebut.
Kedua mereka dilihat bertengkar dan atendan penerbangan itu mencabar penumpang itu untuk memukulnya.
Penumpang itu akhirnya kembali ke tempat duduknya dan atendan penerbangan itu meninggalkan pesawat tersebut.
"Kami meminta maaf di atas ‘kesakitan’ yang telah kami sebabkan kepada penumpang ini, keluarganya serta mana-mana penumpang lain yang terjejas di dalam kejadian ini.
“Wanita tersebut serta keluarganya telah ditempatkan di kelas pertama pesawat itu, bagi baki perjalanan antarabangsanya,” kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sumber: Astro Awani
loading...
0 Response to "Bergaduh Dengan Penumpang, Pekerja American Airlines Digantung Tugas"
Post a Comment