loading...
Main badminton seminggu sekali, dah tentu macam-macam ragam orang kita boleh jumpa dalam dewan kecik tu. Ada yang boleh buat kita menyampah dan ada juga yang boleh buat kita terpegun.
Berdasarkan pengalaman penulis sendiri, ini beberapa manusia yang boleh kita jumpa bila bermain badminton. Kalau ada member-member yang tergolong dalam golongan ni, jangan lupa tag nama mereka di bahagian komen.
1 - Fesyen Dude
Baju Yonex, kasut Yonex, seluar Yonex, raket Yonex (Lin Dan Limited Edition). Masa masuk dalam court badminton tu bukan main muka cool, gaya ready tunggu bulu tangkis tu pulak dah macam pernah main All-England.
Sekali bulu tangkis sampai, pukul angin...
via GIPHY
2 - Jenis show off & puji diri sendiri
Memang betul raket yang mahal boleh menghasilkan pukulan yang lebih berkualiti. Tapi tak payahlah sampai nak kena beritahu orang yang barang kita guna yang mahal. Main rilek-rilek sudah.
Ni tak, kalau dapat smash padu sekali, seminggu straight duduk puji-puji raket dia tu (puji diri sendiri la tu).
Bro, Chong Wei dapat smash paling laju di dunia pun tak pernah puji diri sendiri.
via GIPHY
3 - 'Kejap, kejap, otw'
Jenis yang suka 'otw-otw' ni memang perosak mood permainan. Lepas tu dah lewat dekat sejam tu buat muka tak bersalah pulak.
Lagi sedih bila ada cukup-cukup orang je nak main. Cukup sorang je 'otw', bereh selalu. Tak terkincit member ni nak main single pulak? Lain la kalau member tu fit macam abam dalam video ni.
4 - Jenis 'court ni aku punya'
Yang ni best. Kalau dia main, happening bukan setakat satu court, tapi satu dewan boleh jadi macam pasar.
5 - Jenis yang selalu bawa girlfriend
Jenis ni memang boleh buat satu dewan hilang fokus. Bro, ni tempat orang bersukan, bukan tempat nak tayang awek. Lainlah kalau awek hang tu main jugak.
Kalau selain tu, tolong hantar balik. Naya kat dia kene cium segala bau peluh ketiak dalam dewan tu.
6 - Dah elok berpeluh satu tangki, pergi melantak mamak dua pinggan pulak
Mamak dan makanan berpisah tiada. Begitu juga badminton dan melepak di kedai mamak.
Mungkin sebab mamak ni sangat seductive dengan makanan-makanan dia, akan ada salah seorang dari member kita tak tahan dengan bau-bau kari signature mamak. Lalu melantak la dia dua pinggan.
Main badminton untuk jaga kesihatan tu dah betul dah, tapi kalau lepas main pergi melantak dekat mamak, sori la bro, you are doing it wrong.
7 - Badan gemuk, tapi main power - epik!
Mengaku saja, bila tengok orang yang badan bukan seperti atlet, tapi sangat power bila main badminton, kita akan terpegun sekejap. Kadang-kadang sampai terbawa-bawa ke mimpi.
Orang macam ni biasanya akan mencuri perhatian di dalam dewan dengan skill-skill mantap dan smash-smash yang berdesup.
Sejujurnya, badminton lebih kepada skill dan ketepatan hayunan. Lihat Lee Chong Wei sendiri, badan beliau tidaklah sado sangat tapi sekali dia smash, boleh pergi 408 km sejam.
Jadi, jangan sesekali perlekehkan orang yang badan montok ni ye.
loading...
0 Response to "7 Jenis Orang Yang Boleh Korang Jumpa Setiap Kali Main Badminton NI UNTUK AMATUR SAJA..ehhehe, korang YANG NOMBOR BRAPA?."
Post a Comment