Tidak Mencapai Berat Badan Yang Ideal, Walaupun Telah Makan Dengan Banyak, Ikuti Cara Yang Betul Ini Dalam Menambahkan Berat Badan

loading...


Sememangnya telah banyak dikongsikan mengenai menurunkan berat badan, yang mana ia juga bukanlah satu tugas yang mudah, kerana perlu sentiasa konsisten dalam melakukan senaman, dan mengawal diet.

BACA: Isteri Gelak Bila Tengok Gambar Lama Waktu 'Buncit' Dahulu, Lelaki Ini Kongsi Kisah Bagaimana Turunkan Berat Badan Dari 100kg Kepada 83kg

Namun, untuk perkongsian kali ini, buat mereka yang mempunyai berat badan yang kurang, tidak berada pada paras ideal untuk BMI, boleh mengikuti perkongsian ini. Mari kita tengok caranya untuk tambah berat badan.


Terdapat beberapa cara, atau ‘tools’ yang boleh digunakan untuk menambah berat badan menurut dari perkongsian seorang doktor menerusi siri Tweet, iaitu @khairul_hafidz.


Untuk memudahkan perkiraan kalori, boleh sahaja memuat turun aplikasi Total Daily Enegy Expenditure (TDEE). Bila dah tahu mudah sedikit untuk tambah berat nanti.

Link TDEE




Namun sebelum itu, ketahui juga apakah kalori tersebut, dan pecahan nutrisi yang ada.

Bacaan TDEE adalah berdasarkan individu, dan ianya adalah berbeza buat mereka yang normal, atau kurang berat badan.

Jadi bagi mereka yang tinggi TDEE, proses pembakaran kalorinya adalah lebih banyak.

Selepas sudah megetahui BMR, TDEE, serta kalori, barulah anda merancang strategi.


Tambah kalori dengan cara yang betul, mengikut diet yang disarankan.

’Double’ hidangan setiap kali makan, secara konsisten, di antara 6 bulan hingga setahun.

Kena tahu banyak itu bagaimana, iaitu dengan kiraan kalori yang betul.

Kira kalori dengan betul, jangan main agak sahaja.

Elakkan memakan ‘fast food’ walaupun tinggi kalori, pastikan makanan adalah yang berkualiti.

Kalau takut lupa, boleh sahaja buat Diari Makanan, agar tahu apa yang perlu dimakan, dengan kalori yang betul

Selesai berkaitan dengan makanan, kita beralih pula kepada senaman, yang mana boleh juga membantu untuk menambahkan berat badan.

Tidak mengambil ‘supplement’ pun tidak mengapa, asalkan ikuti tips ini, buat secara ‘naturally’ sahaja.

Begitulah antara diet pemakanan, serta senaman yang boleh dilakukan dalam menambahkan berat badan. Diharap anda dapat mengikutinya, dan tambahkan berat badan dengan cara yang betul, serta sihat, untuk elakkan mendapat penyakit yang lain. 

Sumber: Twitter Khairul Hafidz
KISAH BENAR
loading...

0 Response to "Tidak Mencapai Berat Badan Yang Ideal, Walaupun Telah Makan Dengan Banyak, Ikuti Cara Yang Betul Ini Dalam Menambahkan Berat Badan"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close