(VIDEO) -MISTERI BUIH BESAR DI TASIK KENYIR..DI SEBALIK RIAK AIR YG TENANG TIBA-TIBA TIMBUL BUIH-BUIH BESAR TERKUMPUL..INILAH PENDEDAH SEORANG KAKI PANCING YG MEMBUAT ANDA NAIK SERAM.

loading...


MISTERI BUIH BESAR DI TASIK KENYIR..DI SEBALIK RIAK AIR YG TENANG TIBA-TIBA TIMBUL BUIH-BUIH BESAR TERKUMPUL..INILAH PENDEDAH SEORANG KAKI PANCING YG MEMBUAT ANDA NAIK SERAM..


DI sebalik riak air yang tenang di permukaannya, Tasik Kenyir yang dikelilingi hutan rimba menyembunyikan pelbagai misteri dan mitos yang masih tidak terungkai sehingga hari ini.
Selain kisah alam bunian, kelibat ular gergasi yang berenang di permukaan tasik dan ikan tapah sebesar perahu yang menyambar monyet di dahan pokok, kewujudan makhluk bernama Sulur Bidar juga antara yang sering diperkatakan.
Dalam kalangan pemancing tegar yang meneroka jauh ke penjuru tasik dan memasuki aliran anak-anak sungai, kisah Sulur Bidar di Tasik Kenyir bukan sesuatu yang asing, bahkan sudah menjadi modal bersembang sejak sekian lama.
Sulur Bidar yang diceritakan dalam pelbagai versi digambarkan sebagai makhluk menyerupai hamparan tikar yang muncul di permukaan tasik dan menyerang dengan menterbalikkan bot sebelum menggulung dan menenggelamkan mangsa ke dasar tasik.
Kemunculan makhluk yang menjadi mimpi ngeri kaki-kaki pancing itu dikatakan dapat dikesan melalui gelodak buih yang diikuti dengan timbulnya daun-daun mati di permukaan air.
Lebih aneh lagi, daun-daun yang timbul dari permukaan tasik itu dikatakan kering seolah-olah diperah dan digulung-gulung oleh makhluk itu sehingga boleh terus dibakar.
Salah satu versi yang agak popular mengatakan, makhluk berbadan putih yang sering muncul selepas hujan itu mempunyai empat kepala seperti kepala kura-kura di setiap penjuru badannya.
Selain menjadi mitos dalam kalangan kaki pancing, makhluk yang dipanggil Ular Bidan oleh penduduk tempatan itu turut diceritakan oleh masyarakat Orang Asli dan dikatakan wujud di tasik-tasik besar seperti Tasik Bera dan Tasik Chini di Pahang.
Di Tasik Kenyir, wartawan S2 menemui salah seorang daripada empat saksi yang mendakwa pernah melihat kejadian aneh yang mungkin boleh dikaitkan dengan kewujudan makhluk tersebut.
Mohd. Radzi Mohd. Datar, Juruteknik Awam Kanan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) berkata, dalam kejadian kira-kira lima tahun lalu, beliau dan empat orang rakannya dikejutkan dengan gelodak buih yang bergerak menuju ke arah mereka ketika berada di tebing Tasik Kenyir.
"Cerita mengenai Sulur Bidar memang sudah lama kami dengar. Ada yang percaya, ada yang ragu.
"Tetapi pada hari itu lidah kami betul-betul kelu, tidak berkata apa apabila melihat kepulan buih besar yang timbul di permukaan tasik.
"Berbeza dengan buih mata air yang biasa dilihat, buih tersebut seperti keluar daripada sesuatu yang sedang bergerak laju ke arah kami berempat,'' katanya.
Panik dengan apa yang berlaku, Mohd. Radzi dan rakan-rakannya bertindak meninggalkan tempat kejadian tanpa mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.
Di sebalik kejadian luar biasa yang tidak pernah disaksikan sebelum itu, Mohd. Radzi memilih untuk tidak mempercayai kewujudan makhluk tersebut.
Secara saintifiknya, beliau percaya gelodak buih tersebut terhasil daripada aktiviti semula jadi yang berlaku di dasar tasik.
"Ada kajian mengatakan berlaku pembebasan gas di dasar tasik yang menghasilkan buih dan menolak naik himpunan daun-daun yang mendap.
"Bagi saya penjelasan saintifik mungkin lebih baik daripada kita mempercayai sesuatu yang tidak terbukti kesahihannya,''katanya.
"Selama ini pun tidak pernah kedengaran ada sesiapa yang menjadi mangsa Sulur Bidai,'' katanya.
Sejauh mana kebenaran mitos mengenai Sulur Bidai, ramai yang mempercayai dan menganggap kemunculan makhluk seumpama itu sebagai jelmaan jin atau syaitan yang mahu mengganggu manusia.


loading...

0 Response to "(VIDEO) -MISTERI BUIH BESAR DI TASIK KENYIR..DI SEBALIK RIAK AIR YG TENANG TIBA-TIBA TIMBUL BUIH-BUIH BESAR TERKUMPUL..INILAH PENDEDAH SEORANG KAKI PANCING YG MEMBUAT ANDA NAIK SERAM."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close