17 Mac Genaplah 193 Tahun Perpecahan Kepulauan Melayu, Jom Baca Kisah Apa Sebenarnya Yang Menyebabkan Kepulauan Melayu BerpecaH

loading...


MEMPERINGATI PERPECAHAN KEPULAUAN MELAYU (17 Mac 1824)

Genaplah 192 tahun berlakunya peristiwa perjanjian yang ditandatangani di antara dua kuasa besar nun jauh di kota London sana, namun perjanjian itu memberi kesan yang amat besar kepada penduduk peribumi di sebuah kepulauan besar di Timur Jauh dan kesannya sejak dari nenek moyang masih lagi dirasai sehinggalah kepada anak cucu mereka walau pada zaman teknologi kini.

Perjanjian ini ditandatangani di antara Hendrik Fagel dan Anton Reihard Flack mewakili kerajaan Belanda dengan George Canning dan Charles Watkin Williams Wylkin mewakili kerajaan British.

Perjanjian ini ditandatangani untuk menyelesaikan konflik di antara dua pihak berhubung dengan tindakan British membina pengaruhnya di Singapura,salah sebuah wilayah dalam Empayar Johor-Riau-Lingga ketika itu yang semakin melemah akibat perebutan takhta di antara kerabat diraja dan campur tangan dua kuasa besar Barat (siapa lagi kalau bukan British dan Belanda) yang berusaha mencari pangkalan strategik untuk meluaskan pengaruh mereka di Timur Jauh itu.

Belanda mendakwa tindakan British membuka pangkalan di Singapura sebagai tidak sah dan menganggap bahawa Singapura di bawah pengaruh mereka. Empayar Johor Riau Lingga juga ketika itu mempunyai dua sultan dalam kerajaannya iatu Sultan Hussein (bersemayam di Singapura) dan Sultan Abdul Rahman (bersemayam di Lingga).

Perbincangan dilakukan di antara dua pihak sejak tahun 1820 lagi untuk menyelesaikan konflik Singapura itu. Setelah berbuat perbincangan sekian lama, akhirnya kedua-dua pihak bersetuju membuat perjanjian untuk membahagikan kepulauan Melayu amnya dan wilayah Empayar Johor-Riau Lingga khasnya kepada dua bahagian. Dalam perjanjian ini ;
1. Kekuasaan British diakui dan diiktiraf di wilayah Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura.
2.Kekuasaan Belanda diakui dan diiktiraf di wilayah selatan Singapura seperti Kepulauan Riau Lingga dan juga di Sumatera (termasuklah wilayah Kepulauan Natuna)
3. British akan menyerahkan pangkalannya di Bengkulu (Bencoolen) kepada Belanda dan berjanji tidak akan membina mana-mana pangkalan di Sumatera atau membuat apa-apa perjanjian dengan para pemerintahnya.
4. Belanda akan menyerahkan pangkalannya di Melaka kepada British dan tidak akan meluaskan pengaruhnya atau membina pangkalannya di Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura.

Perjanjian ini ditandatangani oleh pihak penjajah bagi memudahkan mereka memperluaskan pengaruh dan kuasa mereka di Alam Nusantara. Mudah sekali percaturan mereka untuk membahagikan tanah kita sesuka hati seolah-olah tanah ini milik mereka.

Hasil perjanjian ini telah berjaya memecah-belahkan Empayar Kesultanan Johor-Riau-Lingga. Alam Kepulauan Melayu juga telah terbahagi kepada dua kawasan yang diatur oleh kuasa asing. Tanah Melayu dan Singapura pula di bawah pengaruh British. Manakala kepulauan Lingga, Riau, Sumatera dan lain-lain kepulauan selatan Singapura dibawah cengkaman Belanda. Hal ini telah memudahkan urusan penjajahan dan pentadbiran bagi kedua-dua belah pihak kuasa asing.

Tamadun Melayu dirosakkan dengan membelah wilayahnya di bahagian yang paling "prosperous".
- Segenting Kra & Utara Semenanjung
- Selat Melaka
- Kepulauan Siantan
- Kepulauan Riau Lingga

Pemecahan ini menyebabkan pertikaian politik dan penyerakkan fokus perdagangan antarabangsa dan entreportism yang menjadi teras kegagahan Alam Melayu kepada sekurang-kurangnya 3 entiti:
- Malaysia,
- Indonesia dan
- Singapura

Sehingga kini, kesan perjanjian ini meninggalkan kesan yang sangat berbekas dalam sanubari orang Melayu di ketiga-tiga buah negara sehingga kini. Banyak di antara kita yang mempunyai sanak saudara jauh yang masih terdapat di Singapura dan pulau Sumatera misalnya.

Pada masa inilah juga Pulau Natuna yang begitu dekat dengan orang Melayu Sarawak juga terpisah. Sehingga sekarang masih ramai lagi orang Melayu di Sarawak yang mempunyai saudara mara di kepulauan ini. Ini merupakan antara kesan Perjanjian British Belanda yang masih dirasai oleh kita sehingga sekarang.

Sesungguhnya tanpa antara satu sama lain entiti-entiti tersebut tidak mampu untuk bangkit sebagai kuasa besar dunia meskipun rantau mereka begitu luas, makmur dan berpopulasi tinggi.

Kekayaan hasil bumi Indonesia tidak akan menjadi satu impak ketamadunan apabila tidak hadir elemen penting yang terdapat di Singapura yakni pelabuhan bertaraf antarabangsa dan di Malaysia-Brunei (Berunai) di mana elemen kemelayuan dan kerajaannya yang merupakan "core society and culture" (teras kemasyarakatan dan kebudayaan) rantau Asia Tenggara.

Meskipun hakikatnya Alam Melayu secara politik tidak pernah bersatu sebelum penubuhan negara bangsa ala-Barat tetapi sistem talasokrasi yang wujud pasca Srivijaya masih kekal dipraktikkan sehingga ratusan kerajaan kecil Alam Melayu menjadi ibarat satu jua dan memerlukan antara satu sama lain. Bentuk budaya antarabangsa yang poros tersebut berubah terus apabila tiba-tiba dicipta tembok-tembok ghaib sempadan negara bangsa.

Bangsa rumpun Melayu yang dulunya ibarat tinggal di dalam ratusan bilik berbeza di dalam sebuah rumah induk akhirnya menjadi tiga buah rumah yang sendat lagi berjauhan antara satu sama lain.
Selamat menyambut tarikh 17 Mac para pembaca sekalian :)

KISAH BENAR
loading...

0 Response to " 17 Mac Genaplah 193 Tahun Perpecahan Kepulauan Melayu, Jom Baca Kisah Apa Sebenarnya Yang Menyebabkan Kepulauan Melayu BerpecaH"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close