Padah Buat Akaun Facebook, Isteri Didera Teruk & Dikurung 3 Hari Oleh Suami

loading...
ohbulanarab

Padah buka akaun Facebook, seorang isteri dipukul, didera dan dikurung selama 3 hari oleh suaminya. Difahamkan, lelaki itu sebelum ini tidak membenarkan isterinya memiliki akaun media sosial itu.
Isterinya bagaimanapun telah membuat 3 akaun palsu Facebook bertujuan mengikuti perkembangan suaminya di media sosial tersebut.

Tak bagi buat Facebook

Screen Shot 2017-03-30 at 11.13.36 AM

Menurul laporan Al Arabiya, uspek Mustafa Raafat telah mendera isterinya, Asma Samir dengan mengikat mangsa dengan tali sebelum dikurung di rumah mereka selama tiga hari tanpa memberi mangsa makan dan minum.
Selain itu, Mustafa juga menyeksa isterinya menggunakan benda tajam. Menurut keterangan Mustafa kepada pihak polis, isterinya telah membuka tiga akaun Facebook dengan menggunakan nama palsu kerana ingin mengetahui sama ada dia bersikap curang terhadapnya.
Mustafa juga turut mengaku telah memukul isterinya tetapi menafikan dakwaan kononnya dia tidak memberinya makan.
Sehubungan dengan itu, pertubuhan hak asasi wanita Mesir menggesa Mustafa didakwa di mahkamah selepas laporan perubatan mengesahkan isteirnya cedera teruk akibat didera.
Sementara itu, beberapa peguam pula menyatakan kesediaan mereka untuk mewakili mangsa secara percuma. Di media sosial, netizen mengecam tindakan Mustafa dan menggesa pihak berkuasa menyumbatnya ke dalam penjara
loading...

0 Response to " Padah Buat Akaun Facebook, Isteri Didera Teruk & Dikurung 3 Hari Oleh Suami"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close