Fuhh Mantop !!! Awek malam jumaat dalam group WhatsApp Melayu...selepas ini tentu anda tidak MENYEBARKAN lagi GAMBAR2 MEREKA...KERANA HUKUMNYA ADALAH.....

loading...

Dulu aku pernah kongsikan kisah tipikal group WhatsApp orang Melayu. Kali ini aku nak kongsikan apa yang selalu ada dalam group WhatsApp lelaki Melayu terutama bila tiba hari Khamis malam Jumaat. Ramai orang lelaki Melayu biasanya akan kongsi dan forwardkan gambar2 awek Melayu cun dan comel sama ada bertudung atau tidak bertudung yang ditambah dengan dialog rekaan seperti "Abang jangan lupa malam ni malam Jumaat", "Sayang tunggu abang kat bilik ya" dan macam2 lagi dialog2 mukadimah jimak kat group WhatsApp kawan2 lelaki mereka.









Walaupun ramai ahli2 group Whatsapp yang aku join kongsikan gambar2 macam ni, biasanya aku takkan forward ke group lain dan sekali sekali bagi ceramah free kat diorang.

Pertama sekali walaupun dialog2 tu sekadar lawak, tapi ia merupakan ghibah, seperti mana yang telah ditulis oleh Dr. Abu Anas Madani:

 Stop menyebarkan Gambar yang dibuat dialog sendiri!

Hari ini ramai orang mula menyebarkan gambar "lawak haram" walaupun untuk gurauan.

Ambil gambar orang kemudian tulis kata-kata yang orang tersebut tak kata adalah suatu kesalahan.

Pengertian ghibah:

Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wa sallam
telah menafsirkan makna ghibah dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu:

«أتدرون ما الغيبة؟ قالوا: الله ورسوله أعلم،
قال: ذكرك أخاك بما يكره.
قيل: أفرأيت إن كان في أخي ما أقول؟
قال: إن كان فيه ما تقول فقد اغتبته، وإن لم يكن فيه فقد بهته». رواه مسلم.

«Adakah kamu tahu apa itu ghibah?”, mereka berkata: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.
Baginda berkata: “Engkau menyebut sesuatu mengenai saudaramu dengan perkara yang tidak disukainya“.
Dikatakan: Beritahukanlah kepadaku, bagaimana sekiranya ada pada saudaraku itu apa yang aku katakan?
Baginda berkata: “Sekiranya ada padanya apa yang kamu katakan, maka kamu telah mengumpatnya, jika tiada padanya apa yang kamu katakan maka kamu telah memfitnahnya». (Riwayat Muslim).

*AAM, Makkah. Malam Tarwiyah 1435H.

Peringatan mengenai lawak haram ghibah ini bukan hanya ditujukan kepada macai yang suka edit gambar pemimpin politik dengan menokok nambah dialog lawak, malah dialog lawak2 haram pasal malam Jumaat ini dan lain2 juga yang berkenaan.

Kedua, sejujurnya aku tak suka lawak2 haram yang menggunakan gambar perempuan melayu sebagai subjek. Benda tak pernah kena atas batang hidung kita memang kita akan rasa kelakar dan tak kisah, tapi cuba bayangkan jika wanita tersebut adalah isteri, atau ibu, atau adik perempuan, atau anak perempuan kita, pasti kita akan sedih dan kecewa apabila gambar2 mereka dijaja ke merata tempat dan dijadikan objek untuk lawak2 haram yang diedit oleh lelaki2 meleis yang miang dan gatal.

Semoga kita dan keluarga kita dilindungi daripada dijadikan bahan lawak haram malam Jumaat dan lebih teruk lagi, menjadi bahan fantasi seksual lelaki lain kat group WhatsApp dan Internet. 


loading...

0 Response to "Fuhh Mantop !!! Awek malam jumaat dalam group WhatsApp Melayu...selepas ini tentu anda tidak MENYEBARKAN lagi GAMBAR2 MEREKA...KERANA HUKUMNYA ADALAH....."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close