"Nasi Lemak GAY Saya Jual Bukan Bermaksud Homoseksual, Tetapi Ada maksud Lain," Pemilik Nasi Lemak Gay Tampil Beri Penjelasan

loading...


Beberapa hari lalu menjadi tular di media sosial kisah seorang lelaki menjual nasi lemak dengan menggunakan nama Nasi Lemak Gay di gerainya yang mendapat kecaman ramai netizen.

Kerana kecaman itu, gerai berkenaan yang beroperasi sejak Januari terpaksa ditutup buat sementara bagi meredakan keadaan.

Pemiliknya Adi Yusuf telah tempil menjelaskan memberikan penjelasan mengenai maksu perkataan GAY yang digunakannya itu,  katanya nasi lemaknya itu tidak bermaksud lelaki gay atau homoseks tetapi singkatan Gerai Adi Yusuf, lapor mStar Online.

“Saya tidak sangka ia kecoh satu Malaysia. Saya terus kena kecam. Kuasa media sosial sangat menakutkan.” 

“Saya ambil keputusan untuk berhenti berniaga buat sementara selepas menerima banyak kecaman. Saya tunggu ia reda dahulu,” katanya.

Adi menyatakan dia tidak menyangka iklan nasi lemaknya yang dimuatnaik Selasa lalu mencetuskan kontroversi dalam sekelip mata.

“Saya bukan letak nama Nasi Lemak Gayboy pun. Saya tidak sangka masyarakat terus menghina saya dan menjatuhkan hukum tanpa usul periksa,” katanya yang beroperasi di Cheras.
loading...

0 Response to ""Nasi Lemak GAY Saya Jual Bukan Bermaksud Homoseksual, Tetapi Ada maksud Lain," Pemilik Nasi Lemak Gay Tampil Beri Penjelasan"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close