loading...
1. Roh Jahat
Tiada siapa yang mempercayai kata-kata Doris Bither yang sering mengadu diganggu roh-roh jahat yang kerap mencederakannya secara fizikal.
Ramai menyangka Doris hanya mereka-reka cerita. Apatah lagi Doris lebih dikenali sebagai seorang kaki botol dan sering mendera anak-anaknya kerana pernah menjadi mangsa dera ibu bapanya suatu ketika dahulu.
Pada 22 Ogos 1974, sekumpulan penyiasat paranormal datang untuk melihat sendiri tentang kejadian misteri yang didakwa Doris berlaku dikediamannya di Culver City, California.
Mereka menyaksikan sendiri bagaimana Doris diganggu oleh tiga entiti. Tambah mengejutkan apabila terdapat cahaya-cahaya halus yang nampak seperti tali mula muncul di sekeliling Doris. Cahaya misteri berwarna kehijauan itu mengelilingi Doris. Salah seorang penyiasat paranormal jatuh pengsan ketika kejadian itu berlaku.
Misteri yang mengelilingi Doris tidak dapat diselesaikan sehinggalah dia meninggal dunia kerana serangan jantung tidak berapa lama kemudian.
2. Dirasuk Roh Misteri
Teresita (kiri).
Teresita Basa, seorang pekerja hospital, telah ditemui mati pada suatu hari pada tahun 1976. Tubuhnya telah ditikam bertubi-tubi dan mayatnya dibakar.
Suspek utama kes tersebut ialah seorang lelaki bernama Allen Showery, tetapi polis tidak mempunyai bukti kukuh untuk mengaitkan Allen.
Setahun kemudian, Remy Chua yang merupakan pekerja hospital mendakwa sering terserempak dengan bayangan Teresita di kawasan hospital.
Lama-kelamaan Remy mula berperangai pelik. Dia mula menyanyikan lagu-lagu yang tidak pernah diketahuinya sebelum ini.
Suatu hari, Remy pergi menemui keluarga Teresita dan yang menjadi tanda-tanya, Remy mula berbual dengan keluarga Teresita menggunakan suara Teresita sendiri.
'Teresita' di dalam badan Remy memberitahu bahawa pembunuhnya yang sebenar ialah Allen. Polis kemudiannya menggeledah rumah Allen dan berjaya menemui pelbagai barangan peribadi milik Teresita. Akhirnya, Allen mengaku tentang pembunuhan kejam yang telah dilakukannya.
Sehingga ke hari ini, tiada penjelasan dapat diberikan tentang bagaimana 'Teresita' boleh masuk ke dalam badan Remy.
Yang pasti, 'Teresita' hadir untuk memastikan penjenayah yang membunuhnya mendapat balasan setimpal.
3. 'The Children'
Gambar hiasan.
Suatu malam pada tahun 90an, Brian Bethel, seorang wartawan berjalan ke arah keretanya yang diparkir diluar kawasan panggung wayang apabila dia didatangi dua orang kanak-kanak.
Brian menganggarkan kanak-kanak tersebut berusia dalam lingkungan 10 tahun. Dua kanak-kanak itu mengatakan mereka ingin menonton wayang namun wang mereka tertinggal dirumah. Mereka mahu menumpang kereta Brian supaya dapat pulang ke rumah.
Merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kedua-dua mereka, Brian menolak permintaan mereka dan cepat-cepat masuk ke dalam kereta.
Tiba-tiba, anak mata kedua-dua kanak-kanak misteri itu berubah menjadi hitam pekat. Mereka mengetuk tingkap kereta Brian sambil berkata, mereka tidak akan dapat masuk ke dalam kereta kecuali Brian membenarkannya.
Brian yang ketakutan pantas meninggalkan kawasan tersebut. Dia menulis pengalamannya dalam sebuah blog dan sangat memeranjatkan apabila ramai orang tampil memberi respon dan berkongsi pengalaman mereka berhadapan dengan 'the children' dalam pelbagai situasi.
4. Bunuh Diri
Sonny (kiri).
Pada tahun 1995, seorang lelaki bernama Terry Cottle membunuh diri dengan menembak kepalanya menggunakan pistol kaliber 22.
Terry yang sebelum itu telah mendaftar sebagai penderma organ telah mendermakan hatinya kepada Sonny Graham, seorang lelaki yang berusia 57 tahun.
Misteri bermula apabila Sonny bertemu dengan isteri Terry untuk mengucapkan terima kasih kepadanya. Sonny jatuh cinta pandang pertama kepada isteri Terry!
Mereka berkahwin pada tahun 2004 dan selepas empat tahun menjadi suami isteri, hubungan mereka mula bermasalah sama seperti yang dilalui oleh Terry bersama bekas isterinya itu.
Dan sama seperti Terry, Sonny juga bertindak mengakhiri riwayatnya dengan menembak kepalanya sendiri.
5. Mimpi Menggantung Diri
Sekitar tahun 2008, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun berpindah masuk ke sebuah flat di Cornwall, United Kingdom.
Clarissa Glenn, mula mengadu ternampak kelibat bayang-bayang didalam rumahnya beberapa hari kemudian.
Menurut cerita penduduk tempatan, kononnya penghuni sebelum Clarissa telah mati menggantung dirinya dalam rumah tersebut. Lebih menakutkan, Clarissa sering bermimpi dia menggantung dirinya.
Suatu hari pada bulan November tahun yang sama, Clarissa tidur dan tidak bangun-bangun lagi. Dia ditemui mati menggantung dirinya dirumah itu.
Sebab kenapa dia menggantung dirinya masih menjadi misteri sehingga ke hari ini.
loading...
0 Response to "5 Misteri Kejadian Paranormal Yang Sukar Diterima Akal"
Post a Comment