loading...
Vokalis kumpulan XPDC, Mael atau nama sebenarnya Syed Ismail Syed Ibrahim telah dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor selepas ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya, lapor Utusan Online.
Menurut laporan portal berkenaan memetik sumber yang mahu dikenali sebagai Mad Rox, penyanyi berkenaan kini masih belum sedarkan diri di wad kecemasan sementara menunggu rawatan selanjutnya.
“Saya mendapat panggilan dari hospital kira-kira pukul 11.40 pagi tadi memberitahu bahawa Mael telah dibawa ke hospital menggunakan ambulans.
“Difahamkan, Mael rebah ketika berada di rumahnya kerana keadaannya begitu lemah selepas tidak makan disebabkan sakit gout yang dihidapinya.
“Sekarang ini anaknya, Syed Israfil telah dimaklumkan keadaan yang menimpa ayahnya dan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Muar,” jelas Mad Rox yang merupakan kenalan rapat Mael.
Mad Rox juga memberitahu sepanjang beliau mengenali Mael, penyanyi itu tidak menghidapi sebarang penyakit serius selain gout.
loading...
0 Response to "KISAH BENAR-Mael XPDC Ditemui Tidak Sedarkan Diri Di Rumahnya"
Post a Comment