Wanita Dakwa Suami 69 Tahun Paksa Lakukan Hubungan Kelamin Dengan Rakan Dengan Bayaran RM20

loading...



Alor Setar, 7 Apr - Seorang wanita berusia 63 tahun mendakwa dipaksa melacurkan diri sebanyak dua kali oleh suaminya yang berusia 69 tahun dengan bayaran RM20.

Ketua Polis Daerah Padang Terap Deputi Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata wanita itu dipaksa mengadakan hubungan seks dengan rakan suaminya, 61, pada 21 Mac dan 2 April di Padang Sanai.

"Wanita itu berkata suaminya menerima wang RM20 dari rakannya itu.

"Suaminya dan rakan telah ditahan dan direman selama seminggu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut," katanya samabil menambah wanita itu membuat laporan polis pada Khamis.

Kes itu disiasat sebagai rogol dan mengeksploitasi individu bagi tujuan pelacuran.
loading...

0 Response to "Wanita Dakwa Suami 69 Tahun Paksa Lakukan Hubungan Kelamin Dengan Rakan Dengan Bayaran RM20"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close