(Video) 'Suku Paling Terasing': Rakaman Papar Bagaimana Suku Sentinelese Kejar Pelawat Dengan Lembing, Anak Panah Berapi Ketika Cuba Didekati

loading...


Mereka mungkin menjadi manusia terakhir di planet ini yang sama sekali terasing dari tamadun moden.

Namun, satu rakaman video rare memaparkan bagaimana suku Sentinelese, yang tinggal di utara Pulau Sentinel di Lautan Hindi - begitu 'tidak mesra' orang asing sehinggakan mereka menggunakan keganasan setiap kali didekati.




Dua nelayan telah disembelih oleh suku itu pada 2006 kerana mendekati mereka, dan suku itu turut menyerang helikopter dan pesawat yang datang dengan menggunakan anak panah berapi dan juga batu.

Di dalam satu dokumentari mini di Youtube, kelihatan anggota dari suku itu memberi isyarat ganas ketika cuba didekati oleh jurukamera yang berharap dapat berinteraksi dengan mereka.

Sebagaimana yang diterangkan oleh narator video terbabit, orang Sentinel ini dipercayai sebagai berketurunan langsung dari manusia pertama yang muncul di Afrika, dan telah tinggal di pulau itu selama lebih 60,000 tahun.



Tidak dapat dipastikan berapa ramai dari mereka yang berada di pulau terbabit - yang berkeluasan hampir sebesar Manhattan - tapi dijangka terdapat 40-500 dari mereka atas pulau itu.

"Tidak kiralah sama anda datang dengan niat baik atau jahat, datang secara sengaja atau tidak, orang-orang di sini akan menyambut anda dengan lembing dan anak panah." kata narator tersebut.

"Hadiah atau makanan tidak penting sama sekali buat mereka."

Malah, pada tragedi tsunami pada 2004, helikopter dari Indian Coast Guard menghantar makanan untuk suku itu, namun seorang lelaki dari suku terbabit menyambut dengan anak panah.

Pada 1967, kerajaan India mula untuk berhubung dengan Sentinelese, diketuai oleh ahli anthropologi, T.N. Pandit, dengan memberikan mereka hadiah dan signal.



"Kadang-kadang, mereka berpusing ke belakang dan duduk mencangkung seolah-olah mahu berak," kata Pandit.

"Ini untuk mengecam dan memberitahu bahawa kami tidak dialu-alukan".

Menurut dokumentari itu juga, hanya sekali sahaja orang asing tidak disambut secara agresif.

Pada 4 Januari 1991, 28 lelaki dan wanita serta kanak-kanak mendekati Pandit sebelum masuk semula ke dalam hutan.

Sejak dari itu, kerajaan India telah mengharamkan sebarang cubaan untuk berhubung dengan Sentinelse.

Pada akhir 1980-an dan awal 1990-an beberapa suku kaum terbunuh dalam pertempuran dengan orang asing bersenjata yang melawat pulau itu untuk mendapatkan besi dan barang-barang lain dari kapal karam 


Survival International pada 2014 melaporkan, mereka menerima laporan bahawa terdapat tujuh nelayan cuba memasuki kawasan itu dan telah ditangkap oleh Indian Coast Guard.

Salah seorang nelayan dilaporkan telah menjejak kaki ke pulau terbabit dan berjaya mendekati anggota suku terbabit. Ajaibnya, dia berjaya lepas tanpa sebarang kecederaan.

Kumpulan itu (Survival Internation) menyifatkan Sentinelese sebagai 'masyarakat paling lemah di planet ini' kerana mereka mungkin tiada imuniti terhadap penyakit-penyakit seperti selsema dan demam campak.

Kerana terlalu asing, kebarangkalian mereka untuk terhapus akibat wabak penyakit adalah tinggi.


loading...

0 Response to "(Video) 'Suku Paling Terasing': Rakaman Papar Bagaimana Suku Sentinelese Kejar Pelawat Dengan Lembing, Anak Panah Berapi Ketika Cuba Didekati"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close