loading...
Apabila menghadiri sesuatu majlis, atau keraian, yang mana ramai jemputan VIP turut terlibat sama, sudah pasti ianya menjadi salah satu peluang yang tidak seharusnya dilepaskan, lebih-lebih lagi buat ahli perniagaan, atau mereka yang memerlukan bantuan untuk bisnes, atau ‘personal growth’.
Tapi, mungkin kerana rasa rendah diri, atau tidak tahu bagaimana untuk memulakan bicara dengan VIP ini, ramai di antara kita terlepas saat bersemuka dengan mereka.
Manurut, salah seorang pemuda yang mendapat tempat di dalam, Forbes 30 Under 30, iaitu saudara Nadhir Ashafiq, yang merupakan salah seorang ‘co-founder’, The Lorry. Saudara Nadhir telah kongsikan, tip yang harus kita lakukan dalam mendekati VIP di sesuatu majlis.
Mari kita ikuti perkongsian darinya.
Foto Nadhir Ashafiq, Hasil semalam
Sekiranya ada VIP di majlis networking ataupun forum boleh membantu bisnes atau personal growth tuan/puan - boleh cuba tips di bawah:
1. Mentaliti
Rileks. VIP ni manusia juga sama macam tuan/puan. Tarik nafas panjang2 dan hilangkan nervous tu.
2. Approach
Ada tiga cara:
+ Teknik serbu
Sebaik saja VIP turun dari pentas, terus serbu dan mula buat pitch.
+ Teknik camping
+ Teknik camping
Tunggu VIP di pintu keluar atau laluan dia hendak keluar.
+ Teknik intro
Dalam majlis networking, cari kenalan yang boleh kenalkan/buat introduction kepada VIP tersebut.
3. Pitch
Tuan/puan ada beberapa saat sahaja untuk membuat impression.
a) Intro (2 saat)
Kenalkan diri dan nama syarikat sambil hulur name card.
b) Explain (2 saat)
Bisnes apa yang tuan/puan buat dan apa kaitannya dengan VIP tersebut
c) Ask (2 saat)
Nyatakan hasrat. Mahukan kolaborasi/perjumpaan/investment.
d) Hope
Tunggu respon daripada VIP tersebut. Sekiranya dia minat dia akan beri name card dan arahan selanjutnya. Ataupun dia akan minta staff untuk follow-up.
Sekiranya dia tak minat biasanya dia akan angguk-angguk dan jalan. (Biasa kena)
4. Follow up
Hantar email/buat panggilan untuk finalisekan perjumpaan.
loading...
0 Response to "Usahawan Muda Ini Kongsi Tip Bagaimana Anda Boleh 'Approach' VIP Ketika Di Majlis, Untuk Bina 'Networking' Atau Membantu Bisnes Anda"
Post a Comment