Tak Sempat Jumpa Dan Rasa Kasih Sayang Seorang Ayah, Ayahnya Pergi Untuk Selamanya 6 Hari Sebelum Sofea Lahir

loading...


 
Ajal maut ditangan tuhan, setiap yang hidup pasti akan kembali kepadaNya, sebuah kisah yang amat menyentuh hati, Syaza Ayra Sofea binti Mohammad Lazi enam hari sebelum dia dilahirnya ke dunia, ayahnya yang bakal menjadi tempat dia bergantung hidup telah pergi buat selama-lamanya.

Pemergian bapanya, Mohammad Lazi bin Tolabudin pada 22 Mac membuatkan Sofea yang lahir pada 28 Mac lalu tidak dapat merasai belaian kasih sayang seorang seorang bapa.

Allahyarham Mohammad Lazi telah meninggal dunia selepas berjuang melawan sakit kanser hatinya.

Apa yang menyedihkan, dia pergi meninggalkan enam orang anak(termasuk Sofea) membuatkan mereka hilang tempat bergantung di mana mereka kini mengalami masalah kesempitan hidup yang meruncing.

Kesusahan mereka bermula, apabila ibu, Rozita Binti Zainon telah berhenti kerja enam bulan lalu selepas keadaan suaminya semakin tenat memerlukan penjagaan yang rapi selain anak sulung mereka bakal menduduki peperiksaan SPM selain dia sudah sarat mengandung.

Menurut beliau, segala simpanan dan wang gajinya digunakan untuk merawat sakit suaminya dan perbelanjaan keluarga cukup terbatas.

Kini, bayaran rumah sewanya sudah tertunggak selama empat bulan iaitu RM1200 mereka juga telah menerima notis pemotongan bekalan eletrik dan air.

Sukarelawan Kak Natipah Abu telah memberikan sedikit sumbangan awal kepada keluarga ini, selain itu Lembaga Zakat Negeri Kedah telah bersetuju untuk meluluskan bantuan makanan bulanan.

Mereka yang ingin membantu, boleh mengunjungi keluarga ini di alamat No 855 Lorong Kemboja 33, Taman Spice Village, Sg Petani, Kedah atau hubungi nombor telefon 0169068382.

**Kami tidak menyiarkan nombor akaun kerana belum ada, jika hendak telefon Puan Rozita pastikan soalan yang elok-elok kerana ketika ini beliau masih terlalu sedih dengan pemergian suaminya, takut emosinya lebih terganggu tambahan pula baru lepas bersalin

loading...

0 Response to "Tak Sempat Jumpa Dan Rasa Kasih Sayang Seorang Ayah, Ayahnya Pergi Untuk Selamanya 6 Hari Sebelum Sofea Lahir"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close