Tahukah Anda Berapa Liter Air Kencing Dalam Kolam Renang?

loading...
Dalam satu kajian terbaharu para penyelidik di Kanada yang telah menjalankan uji kaji terhadap tahap pencemaran urine atau air kencing yang terdapat sesebuah kolam renang, anda pastinya akan sedikit terkejut.

Kolam Renang

Memetik laporan Reuters, hasil penemuan daripada ujian jumlah air kencing di dalam kolam renang, ianya tidaklah begitu memberansangkan.

Penyelidik daripada Universiti Alberta telah melakukan ujian bagi menunjukkan tahap pencemaran urin di mana sebanyak 250 sampel melibatkan 31 kolam renang dan tab air panas di dua bandar sekitar Kanada dikumpulkan untuk penyelidikan tersebut.

Keputusan mendapati, kolam renang yang dipenuhi 830,000 liter air dengan kira-kira 1/3 keluasan kolam renang Olimpik, dicemari 75 liter urin manakala kolam yang lebih kecil pula mencatatkan 30 liter bacaan urin.

Menerusi kajian tersebut, para penyelidik mengukur tahap pemanis tiruan, asesulfam-K (ACE), yang melepasi sistem tubuh badan secara menyeluruh yang dikenal pasti sebagai ‘penanda aras tahap urin yang ideal’.

Biarpun urin secara saintifiknya tidak memudaratkan (steril), bagaimanapun, keberangkalian ia bercampur dengan bahan-bahan kimia di dalam kolam telah mencetuskan kebimbangan terhadap kesan kesihatan yang akan dialami pengguna fasiliti awam tersebut.

Kesimpulannya, kini anda sudah tahu, jadi jangan sesekali minum air yang terdapat di kolam renang ye. Geli.


loading...

0 Response to "Tahukah Anda Berapa Liter Air Kencing Dalam Kolam Renang? "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close