Seluar Dalam Lelaki Paling Mahal Dunia Berharga RM49,000

loading...
Sebuah syarikat Australia, aussieBum mencipta seluar dalam paling mahal di dunia yang dijual dengan harga AU$14,500 (RM49,000) - lebih mahal daripada sebuah kereta kecil.

aussieBum

Seluar dalam ini dibuat daripada benang pukal emas 24 karat yang dihasilkan di German dan dijahit menjadi seluar dalam di Queensland.

aussieBum diasaskan oleh warga Australia, Sean Ashby pada 2001 dan idea mengeluarkan seluar dalam emas itu adalah ilham daripada kecemerlangan era industri perlombongan emas negara itu.

“Era Perlombongan Emas adalah antara sejarah paling menarik dan zaman paling makmur Australia.

"Saya tertarik dengan idea bahawa penduduk dari seluruh pelusuk dunia datang mencari kekayaan di Australia,” kata Ashby.

Setakat ini syarikat berkenaan sudah menjual sepasang seluar dalam emas itu dan mengadakan pertandingan untuk menghadiahkan tiga pasang lagi.


Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2017/04/seluar-dalam-lelaki-paling-mahal-di-dunia.html#ixzz4dHwJzD70 
Follow us: @SentiasaPanas on Twitter | SentiasaPanas on Facebook
loading...

0 Response to "Seluar Dalam Lelaki Paling Mahal Dunia Berharga RM49,000 "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close