Saya Kenal Aqasha Dah Lama, Itu Cara Kami Bergurau - Rita Rudaini

loading...
Saya Kenal Aqasha Dah Lama, Itu Cara Kami Bergurau - Rita Rudaini

Hampir sebulan mendiamkan diri, akhirnya dramatis popular, Rita Rudaini tampil untuk menjelaskan mengenai isu dan dakwaan dibuat isteri pelakon Aqasha, Noor Baizura Mohd Sabri.

Tidak mahu perkara yang ditimbulkan isteri Aqasha itu terus-terusan mengganggu kerjaya seninya, Rita akhirnya menjelaskan kedudukan sebenar apa yang berlaku antara dia dan Aqasha.

Kata Rita, segala andaian dibuat itu tidak benar dan segala mesej yang ditunjukkan Baizura kononnya sebagai bahan bukti itu, hanyalah sebahagian gurauan sesama pelakon di set penggambaran.

“Saya bukan baru hari ini kenal Aqasha, malah sejak dia berusia 19 tahun. Sepanjang tempoh itu, tidak dinafikan kami memang bersahabat baik.

“Sudah lama kami tidak digandingkan bersama, kira-kira empat tahun. Apabila digandingkan lagi dalam drama Misi Laksa dan Laksam untuk siaran TV3, sudah tentu saya sebagai kawan lama gembira dengan perkembangan itu,” katanya.

Rita akui gandingan kali ini berbeza dengan sebelumnya apabila menerusi Misi Laksa dan Laksam, mereka berdua memegang watak suami isteri.

“Memang tidak dinafikan dalam menjayakan watak itu, sebagai kawan lama, kadangkala kami terlepas bergurau. 

Malah, orang produksi sendiri tahu bagaimana dalam kalangan kami bercanda. Cuma bagi orang luar yang tidak faham, pastinya susah untuk menerimanya.

“Bukan itu saja, dalam menjayakan watak itu kami membayangkan kalau kami benar-benar sebagai suami dan isteri, bagaimana situasinya. 

"Berapa orang anak, rupa mereka macam mana dan apa saja yang boleh kami bayangkan membabitkan karakter dijayakan,” katanya.

Baizura sebelum ini memuat naik ke Instagram perbualan di antara suaminya dan Rita yang kemudiannya mendapat perhatian netizen.

[[Isteri Aqasha Amuk Wanita Goda Suami, Peminat Kaitkan Nama Rita Rudaini]]

Disebabkan kedua-dua pihak, sama ada Aqasha mahupun Rita sendiri tidak memberikan sebarang maklum balas mengenainya, pelbagai andaian dan spekulasi ditimbulkan ramai pihak.

Rita akui enggan memberi penjelasan dari awal kerana melihat situasi tidak sesuai untuk terus masuk campur.

Katanya, dalam situasi isu tengah panas dan pelbagai pihak menuding jari dan menuduhnya dengan dakwaan yang bukan-bukan, dia tidak mahu sebarang kenyataan yang diberikan ibarat menyimbah minyak ke bara api.
 
“Sekarang saya tampil kerana isu sudah reda dan drama itu pun mula diperkatakan terutama apabila TV3 dan penerbit, Zeel Production memuat naik beberapa sedutan drama yang kami jayakan ke laman sosial mereka.

“Sekurang-kurangnya dengan kenyataan yang saya berikan ini, umum faham kedudukan sebenar dan jangan pula nanti ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan sedutan terbabit dan memburuk-burukkan lagi situasi.

“Saya juga berharap kenyataan yang saya berikan ini adalah yang pertama dan terakhir serta ia menjelaskan segala-galanya. Saya tidak mahu lagi bercakap mengenainya.

“Sekiranya ada perkara lain yang mahu ditanya, ada baiknya mereka tanyakan kepada Aqasha sendiri kerana yang mencetuskan isu ini bukan daripada pihak saya tetapi daripada pihak dia,” katanya.

Sumber: Harian Metro

loading...

0 Response to "Saya Kenal Aqasha Dah Lama, Itu Cara Kami Bergurau - Rita Rudaini"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close