Saintis Cipta Material Skrin Telefon Yang Boleh Pulihkan Calar & Retak Dengan Sendiri, Bakal Dipasarkan Seawal 2020

loading...


Hanya ada dua pilihan saya apabila kita terjatuh dan cermin telefon retak - sama ada baiki atau tukar ganti sepenuhnya.

Pakar kimia di Universiti California, Riverside, telah mencipta pilihan ketika: material skrin telefon pintar yang boleh menyembuhkan dirinya sendiri.

Pengkaji menjalankan beberapa ujian terhadap material itu, termasuk keupayaan menyembuh diri sendiri dari potongan dan calar. Selepas material itu dipotong kepada dua, ia secara automatik 'menjahit' dirinya semula dalam masa 24 jam, kata ketua kumpulan pengkaji itu, Chao Wang kepada Business Insider.

Material mampu regang 50 kali dari saiz asalnya itu diperbuat dari polimer boleh regang dan garam ionik. Mungkin terlalu kompleks untuk diterangkan secara kimia, tetapi dalam bahasa senangnya, ia mempunyai ion dan molekul yang mampu menarik antara satu sama lain seterusnya memulihkan material terbabit.
loading...

0 Response to "Saintis Cipta Material Skrin Telefon Yang Boleh Pulihkan Calar & Retak Dengan Sendiri, Bakal Dipasarkan Seawal 2020"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close