loading...
Dubai: Seorang polis bertindak menyaman diri sendiri selepas terlanggar sebuah kereta yang diparkir dan meletakkan sekeping salinan saman di atas kereta rosak milik seorang doktor itu.
Tindakan jujur itu menjadi viral selepas nota terbabit dimuat naik seterusnya membuat netizen di negara tersebut tersentuh hati dan memuji tindakan terbabit.
Polis Dubai telah memberi penghormatan kepada Koperal Abdullah Ebrahim Mohammad kerana kejujurannya dan dia telah dinaikkan pangkat atas arahan dari ketua polis Dubai Major Jeneral Abdullah Al Merri.
Selain itu, beliau juga menerima sijil terima kasih dan penghargaan.
"Kejujuran polis itu telah memberi reputasi yang baik kepada polis dubai. Dia menyaman dirinya sendiri kerana melanggar kereta dan meletakkan salinan saman kejadian di cermin hadapan." kata Al Merri.
Al Merri turut menyatakan penghargaannya kepada pemilik kenderaan yang dilanggar, Dr. Mohammad Ahmad Nabeel Abdul Aziz, yang memuat naik secara positif tentang insiden itu di Facebook.
Dr. Abdul Aziz berkata di Facebook:
"Saya meletakkan kereta saya dengan kurang cermat jadi saya fikir itu salah saya. Tapi saya terkejut apabila menemui salinan saman di atas cermin kereta saya yang mengatakan seorang polis melanggar kereta saya dan menyaman dirinya sendiri.
"Ini tindakan yang sangat jujur dan berani oleh polis Dubai," kata Dr. Abdul Aziz.
"Perlakuan seperti ini hanya boleh dilihat di UAE. Apa yang dia lakukan buat saya rasa selamat di tanah ini." tambahnya lagi.
Korporal Mohammad ketika diminta mengulas menegaskan dia hanya melakukan tugasnya sahaja.
"Saya rasa tidak layak menerima kenaikan pangkat ini dan penghargaan dari pemimpin-pemimpin kita. Ia sangat memberi motivasi kepada saya dan rakan-rakan untuk terus berkhidmat." katanya.
loading...
0 Response to "Polis Saman Diri Sendiri Selepas Langgar Kereta Orang, Terus Naik Pangkat Selepas Salinan Saman Yang Dibuatnya Viral"
Post a Comment