loading...
Demi mahu menjalani kehidupan normal seperti orang kebanyakkan, penyanyi Adele sanggup membeli sebuah rumah di daerah terpencil yang terletak di kawasan East Grinstead.
Adele dilaporkan sudah mulai bosan dengan kehidupannya sebagai selebriti popular.
Selepas berkeluarga dan memiliki seorang anak lelaki, khabarnya Adele ingin menjalani kehidupnya secara normal.
Menurut sumber, tempat tinggal Adele itu terletak di daerah yang jauh dari kesibukan kota dan gemerlap dunia hiburan.
"Adele tidak ingin tinggal dengan kawan-kawan selebritinya di Chipping Norton dan Primrose Hill.
"Dia sengaja memilih tempat yang jauh terpencil bagi membolehkan dia hidup normal," kata seorang sumber
Sementara itu, salah seorang penduduk di kawasan itu terkejut dan mengakui tidak mengenali Adele.
"Saya tidak tahu Adele tinggal di kawasan kediamannya," kata individu tersebut
Adele membeli kediaman tersebut dibeli dengan harga sekitar £4 juta (RM375 000).
Kawasan kediaman berkenaan memiliki keluasan sekitar 19 hektar, termasuk sebuah gelanggang tenis.
Selain itu, rumah Adele ini dilengkapi berbagai kemudahan lain termasuklah mempunyai lapan buah bilik tidur.
loading...
0 Response to "Mahu Menyendiri, Adele Beli Rumah RM375 000 Di Kawasan Terpencil"
Post a Comment