loading...
Lelaki luar biasa ini bernama Dean Karnazes. Dia dilahirkan pada 23 Ogos 1962 di Los Angeles dan dibesarkan di California.
Ketika dilahirkan, dia tidak menunjukkan sebarang tanda luar biasa sehinggalah dia bersekolah di tadika.
Dia dikatakan sering pulang ke rumah secara bersendirian dengan berjalan kaki. Mula-mula dia mengikut laluan biasa, lama-kelamaan dia mengambil laluan yang lebih jauh hingga melewati kawasan yang tidak pernah dilalui hingga sampai kerumah. Berjam-jam lamanya.
Ketika berusia 11 tahun, Dean mula berani menguji kemampuan dirinya dengan mendaki Grand Canyon dan Gunung Whitney iaitu gunung tertinggi di Amerika Syarikat.
Ketika berusia 12 tahun, Dean sekali lagi melakukan kerja gila. Dia berjaya mencabar dirinya dengan berjalan ke rumah neneknya yang sejauh 64 kilometer. Luar biasa, dia tidak merasa penat langsung!
Bagaimanapun, kemampuannya bukan setakat itu. Apabila Dean memasuki sekolah tinggi junior, Dean bertemu Jack McTravish, jurulatih trek larian jarak jauh. Cara psikologi yang digunakan McTravish hanyalah sebaris ayat, "Lakukan bersungguh-sungguh dan habiskan bersungguh-sungguh".
Akhirnya, moto itu memberikan kejayaan kepada Dean dalam larian 1.6 kilometer dalam Kejuaraan Jarak Jauh California pada usia 13 tahun.
Kemudian, pada tahun 1976, satu lagi peristiwa luar biasa yang mengejutkan berlaku. Kali ini dia menyertai satu pertandingan larian anjuran Benner Cummings.
Satu lagi kejadian luar biasa berlaku. Dia menamatkan lariannya pada pusingan ke 105 hanya dalam masa enam jam berbanding pelajar lain yang berlari 10 hingga 15 pusingan maksimum sahaja. Itu pun selepas Dean diminta berhenti!
Pada tahun 2006, Dean menyertai cabaran marathon merentasi 50 buah negara dalam masa 50 hari. Larian bermula di Lewis and Clark Marathon, St. Louis pada 17 September dan berakhir di bandar New York pada 5 November tahun yang sama.
Selepas tamat larian, berat badan Dean ditimbang. Dan keputusannya sangat luar biasa dan dan mengejutkan. Berat Dean hanya turun 5 kilogram sahaja dari 70 kilogram dalam masa 50 hari larian.
Dean juga pernah menyelesaikan beberapa siri ketahanan paling sukar di dunia termasuklah marathon ke Kutub Selatan pada suhu -25 darjah selsius.
Sangat luar biasa, walaupun suhu agak kritikal, Dean mengakui bahawa dia tidak pernah mengalami kejang otot walaupun berlari melebihi 100 batu. Menurut Dean, segala-galanya dikawal oleh mindanya sendiri sama ada untuk meneruskan atau menghentikan larian.
Pernah suatu ketika, Dean dihantar ke pusat kecerdasan di Colorado. Tujuannya adalah untuk melihat keupayaan luar biasa yang dimiliki.
Mula-mula mereka menguji kapasiti aerobik. Keputusannya, Dean sama seperti atlet terlatih yang lain. Seterusnya ujian laktat pula dilakukan. Kali ini masa yang diberi ialah selama 15 minit. Namun, perkara luar biasa berlaku, Dean melakukannya selama 1 jam tanpa henti, malah terpaksa disuruh berhenti!
Menurut pakar dari makmal senaman fisiologi, Universiti Savoie, Perancis, Laurent Messonnier, setiap individu mempunyai had dan kemampuan sendiri.
Secara saintifiknya, had dan kemampuan dikenali sebagai laktat badan. Apabila anda berlari, jantung akan berdebar-debar, paru-paru tercungap-cungap, otot berasa sakit dan akhirnya tubuh terkunci menandakan anda sudah penat dan perlu berehat.
Menurutnya lagi, kemampuan aerobik atau apa-apa aktiviti fizikal sebenarnya diukur melalui sistem Kardiovaskular.
Jika anda mampu berlari dalam masa yang ditetapkan, bermakna jantung anda kuat. Namun, jika keadaan sebaliknya, ia bererti jantung anda semakin lemah.
Manakala, laktat pula adalah keupayaan anda untuk membersihkan laktat dari darah dan menukar semula kepada tenaga. Dengan erti kata lain, sebagai bahan api.
Walau bagaimanapun, apabila anda melebihi ambang laktat atau keadaan dimana badan tidak lagi mampu menghasilkan laktat sebagai tenaga, keadaan lain pula yang terjadi.
Ketika itu, otot akan menghasilkan asid sebagai isyarat bahawa anda tidak lagi boleh meneruskan aktiviti tersebut kerana badan sudah penat dan memerlukan rehat sebelum laktat baru boleh dihasilkan semula.
Bagaimanapun, ia tidak berlaku pada Dean!
Badan pula akan membersihkan laktat melalui satu siri tindak balas kimia yang didorong oleh mitokondria dalam sel-sel otot.
Reaksi-reaksi ini akan mengubah laktat kembali kepada glukosa dan dibahagi pula kepada enzim-enzim tertentu.
Proses pembersihan pula akan bekerja dengan cekap sekiranya mitokondria mempunyai kapasiti yang lebih besar kerana ia mampu meningkatkan keupayaan untuk menggunakan laktat sebagai tenaga.
Berbalik kepada kes Dean, dia sebenarnya memiliki keupayaan sistem kardiovaskular luar biasa yang sangat kuat hingga menyebabkan dia tidak berasa letih langsung.
Malah laktat yang dihasilkan badannya tidak berhenti meskipun melalui siri larian yang agak lama, melainkan dia sendiri yang mahu menghentikannya.
Ini bermakna, 'bahan bakar' dalam tubuhnya tidak pernah habis digunakan.
loading...
0 Response to "Luarbiasa! Manusia Yang Tidak Penat Berlari! - RUPANYA INI RAHSIANYA...."
Post a Comment