Biar Orang Nak Cakap Apa – Dilaporkan Sudah Bercerai, Ini Respon Suami Datuk Seri Vida

loading...
Screen Shot 2017-04-03 at 6.48.34 PM

Semalam viral kisah keretakan rumah tangga jutawan kosmetik Datuk Seri Vida yang dikatakan sudah pun berpisah dengan suaminya sejak beberapa minggu yang lalu.
Memetik laporan mstar, Datuk Seri Vida mengakui sedang dalam proses untuk bercerai dengan suaminya Fairuz Ahmad Zainuddin. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang perkara ini.
Terbaru, suami Datuk Seri Vida ditanya mengenai perkara ini dan berikut respon beliau.

Bior le – suami

Screen Shot 2017-04-03 at 6.45.41 PM
MH Online telah mendapatkan kenyataan daripada suaminya iaitu Fairuz Ahmad Zainuddin mengenai berita tersebut. Terus ditanya mengenai kes tersebut dan statusnya sebagai suami iaitu ketua keluarga.  Jika berdiam diri, mungkin masyarakat akan memberikan pelbagai persepsi.
Tengah viral ya, bior le,  no comment. Biar la orang nak cakap apa.  My comment is no comment.
Ketika perbualan melalui Whatsapp ini, Fairuz menjelaskan dia baru sahaja tiba di Ipoh dari Kuala Lumpur.

Tidak boleh diselamatkan lagi – Vida

Screen Shot 2017-04-03 at 6.55.32 PM
Sementara itu ketika ditanya adakah Datuk Seri Vida terkesan dengan perpisahan tersebut, Vida berkata, perasaan kecewa masih menghantui dirinya kerana sebagai seorang wanita beliau sudah tentu mahukan hubungan tersebut kekal abadi.
Sudah tentu terkesan juga. Kalau boleh kita nak hubungan itu kekal abadi, tapi kita hanya merancang, Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya.
Pada masa sama, usahawan selebriti itu mengakui beliau tidak akan cuba menyelamatkan perkahwinan tersebut.
Tidak… sakit ini biar saya yang tanggung
Sumber : MH Onlinemstar
loading...

0 Response to " Biar Orang Nak Cakap Apa – Dilaporkan Sudah Bercerai, Ini Respon Suami Datuk Seri Vida"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close