Berjaya Turun 15 Kg Dengan Teknik Intermittent Fasting (IF), Pegawai TLDM Kongsi Teknik Kurus Paling Pratikal!

loading...
teknikkurus

Sebenarnya kalau kita nak kurus ni, berbagai teknik yang boleh dilakukan untuk menjayakan misi kurus sebelum tamat tahun ni. Eh? Biasa kita dengar diet atkins la, diet karbo la atau macam macam jenis diet. Betul tak?
Namun kali ini, kami kongsikan dengan anda teknik kurus yang jarang didengar. Perkongsian dari abang TLDM ni memang power betul. Bayangkan dari 101 kg, berjaya turunkan sehingga 86 kg dengan teknik Intermittent Fasting (IF) ni. Tak sabar nak cuba!

Antara teknik paling pratikal untuk kurus

gemukkurus
INTERMITTENT FASTING (IF)
———————————————–
Teknik paling praktikal untuk kurus.
Saya suka buat bila stress tinggi & kurang motivasi.
Dengan teknik ini, anda mampu puasa 18jam dengan mudah setiap hari.
.
Teknik IF saya..
1) Makan malam awal – pkl 6 petang.
2) Makan pagi lewat@ brunch pkl 12 tghari.
3) Elakkan karbo tinggi atau makanan tinggi gula di siang hari.
4) Boleh minum air kosong tiada masalah.
5) Jika tak mampu, breakfast awal sikit pukul 9pagi pun okay lah dapat 15jam puasa.
.
Nah, anda sudah berpuasa 18jam tanpa susah payah sebab tempoh 8 jam berpuasa, anda tidur.

Buat pemeriksaan doktor sebelum cuba teknik kurus ini

Teknik ini mengguna pakai konsep ketosis/lipolysis. Selepas 6-8jam tanpa gula/karbo, badan mula membakar lemak. Semakin lama berpuasa, semakin dalam ketosis..
.
Sudah tentu ia tidak mampu menandingi ketosis dalam seperti fasa induksi diet Atkin. Namun ia lebih mesra hormon, badan anda tidak akan merasa tekanan tinggi seperti “teknik taubat nasuha”.
Lepas dah biasa teknik IF ni, boleh puasa sunat siang pula..taubat makan betul-betul :D hehehe..
.
Seperti mana-mana teknik ketosis, buat pemeriksaan kesihatan dahulu. Ketosis memberi bebanan kepada buah pinggang yang bermasalah terutamanya.
.
.
Selamat kurus dan sihat!
.
.
Nukilan,
Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan-
.
Gambar sumber FB TLDM..Jabatan polis dan trafik bila nak buat? Baru la badan jadi hensem macam abam Jay hehe..
loading...

0 Response to "Berjaya Turun 15 Kg Dengan Teknik Intermittent Fasting (IF), Pegawai TLDM Kongsi Teknik Kurus Paling Pratikal!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close