loading...
Jepun adalah negara yang tidak pernah ketandusan idea-idea menarik untuk mencipta sesuatu yang baru dan menjadi pencetus trend di dunia.
Salah satu tempat yang wajib dikunjungi adalah Museum of Contemporary Art yang terletak di Kanazawa. Pastinya rekaan unik ini bakal membuat pengunjung tercengang!
Apa yang menarik di sini adalah sebuah kolam renang yang tidak mungkin akan membuatkan anda lemas atau basah. Kedengaran mustahil bukan?
Namun ia memang benar kerana ilham dari Leandro Erlich yang berasal dari Buenos Aries ini menjadikan kolam renang rekaan tersebut seolah-olah nampak seperti kolam renang yang sebenar.
Kolam buatan itu membolehkan pengunjung yang datang melawat untuk melihat kolam dari atas dan bawah serta dapat berkomunikasi antara satu sama lain tanpa masalah.
Kolam buatan itu membolehkan pengunjung yang datang melawat untuk melihat kolam dari atas dan bawah serta dapat berkomunikasi antara satu sama lain tanpa masalah.
loading...
0 Response to "Berendam Dalam Kolam Tapi Tak Basah!"
Post a Comment