loading...
Mungkin pada satu masa dahulu waktu kita kecil-kecil, bergurau melibatkan hal bahagian sensetif dengan adik kakak abang yang hampir sebaya dengan kita adalah perkara biasa.
Ianya dianggap sebagai satu gurauan tanpa membawa maksud apa-apa yang lebih, namun kini keadaan mungkin sedikit berubah dengan anak-anak kita kini begitu mudah terdedah dengan perkara-perkara tidak elok terutamanya melalui video di internet.
Kini kita sudah pun mendengar kisah kes rogol melibatkan budak sekolah rendah, kes pedofile dan pelbagai lagi.
Ibu bapa perlu memainkan peranan penting, jom kita baca sedikit ulasan oleh seorang jururawat berpengalaman Bel Nawhen tentang kisah-kisah ini yang ramai orang anggap remeh.
BERNAFSU
"Dia pegang bahagian sulit anak saya" ujar seorang ibu
"Rakan anak pengasuh saya, datang rumahnya dan bawa anak saya berdua dalam bilik, siap kunci bilik." adu seorang ibu lagi.
"Papa duduk atas kita, papa ajak main kawin-kawin" lurus si anak memberitahu.
"Mommy, kawan kita semalam pegang bontot kita" ujar anak saya.
Dialog di atas itu antara beberapa kes pedofile, haruan makan anak dan kelakuan tidak semenggah remaja dan kanak-kanak masa kini.
Semua kerana pengaruh media elektronik yang tidak dikawal dan pornografi yang berleluasa. Belum lagi beberapa application yang mampu mempengaruhi remaja untuk mencuba.
Apabila ditegur, senang sahaja jawapan sesetengah ibu bapa
"Ala...Budak-budak bergurau je tu,"
"Budak kecik tahu apa, kadang-kadang mereka buat sebab terikut je tu. Nanti dah dimarah, tak buat lagi lah tu"
"Biasalah benda macam tu sekarang. Jangan duduk kat gua sangat"
Kalian tahu tak, ada perkara yang boleh mendatangkan trauma kepada kanak-kanak?
Kalian tahu atau tidak, bermula dengan menyentuh bahagian sulit sahaja boleh menyebabkan perlakuan yang lebih advance oleh si pelaku.
Ada, seorang kanak-kanak umur 5 tahun memberitahu bahawa sepupunya umur 9 tahun main jilat-jilat di bahagian kemaluannya. Dan paling sedih, nenek mereka langsung tidak mahu ambil pusing. Gurauan anak-anak katanya.
Ada beza bergurau dan keinginan untuk mencuba disini. Bergurau sesama sepupu walau berapa usia tidak harus melibatkan alat sulit. Dan rasa ingin mencuba itu bakal mempengaruhi perkembangan sosial mereka kelak. Asal nampak mereka yang berlainan jantina, nafsu mula mencanak naik.
Sebab itu saya bilang, jadi ibu bapa perlu alert dengan perubahan sikap anak-anak. Kadangkala perubahan ini adalah kesan dari emosi yang dipendam.
Ambil masa untuk berbincang dengan anak-anak.
Women to women talk
Men to men talk.
Notakaki;
Bersama bendung salah laku remaja. Melentur buluh biar dari rebungnya.
loading...
0 Response to ""Ala, Budak-Budak Bergurau Jer Tu Pegang Alat Sulit," Siapa Rasa Isu Ini Remeh, Anda Silap"
Post a Comment