4 Buah Rumah Termahal Di Dunia, Siapa Pemiliknya?

loading...
4 Buah Rumah Termahal Di Dunia, Siapa Pemiliknya?

Pernahkah anda terfikir untuk mendiami rumah mewah berharga RM6 Billion?

Macam tak percaya ada rumah yang harganya mencecah billion ringgit kan?

Jangan 'gosok mata' anda sebab di bawah ini kami senaraikan empat buah rumah paling mewah di seluruh dunia berserta pemiliknya sekali:



1. Antilia, India.
Rumah ini terletak di Mumbai, India dan pemiliknya bernama Mukesh Ambani, merupakan individu paling kaya di India dengan pemilikan aset berjumlah USD32.6 billion. Harga rumah ini mencecah RM4.43 billion (USD1 billion). Dikhabarkan hanya sebuah keluarga yang tinggal di dalam rumah ini. Selain memiliki 24 tingkat, kediaman ini juga dilengkapi dengan tempat letak kereta seluas 400,000 kaki persegi, 600 helipad, panggung wayang dan memerlukan seramai 600 orang pekerja.
 

2. Villa Leopolda, Perancis.
Rumah agam yang terletak di Cote D’Azure, Perancis ini telah memakan kos pembikinan sebanyak RM3.3 bilion (USD750 juta). Pemiliknya bernama Lily Safra, merupakan seorang dermawan di Brazil dan merupakan bekas isteri kepada pemilik Bank Lubnan. Antara kemudahan yang terdapat di rumah ini adalah rumah hijau, kolam renang, dapur luar rumah, helipad, dan rumah tetamu.
 

3. Four Fairfield Pond, New York.
Rumah agam ini terletak di Sagaponack, New York dan dimiliki oleh Ira Rennert, yang juga pemilik Renco Group. Dikhabarkan anggaran harga rumah ini bernilai RM1.1 bilion (USD248.5 juta). Mempunyai keluasan tanah seluas 69 ekar, rumah ini juga dilengkapi dengan loji jana kuasa peribadi, gelanggang tenis, tiga kolam renang, dan 91 kaki panjang ruang makan.

 

4. 18-19 Kensington Palace Gardens, London.
Terletak di kota London, rumah ini bersebelahan dengan kediaman kerabat diraja Britain iaitu Prince Willian dan Kate Middleton. Tuan rumah agam ini bernama Lakshmi Mittal, yang juga pemilik Arcelor Mittal, pengeluar besi terbesar di dunia. Anggaran nilai aset ini adalah sebanyak RM982 juta (USD222 juta). Rumah ini juga boleh memuatkan 20 buah biji kereta pada satu masa, kolam renang dan terdapat 12 buah bilik tidur.

Sumber : 
Hanasuva.com
loading...

0 Response to "4 Buah Rumah Termahal Di Dunia, Siapa Pemiliknya?"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close