10 Kerjaya Lelaki Paling Seksi Di Mata Wanita ANDA MESTI TERKEJUT NOMBOR 1 JATUH PADA KERJAYA APA...

loading...
10 Kerjaya Lelaki Paling Seksi Di Mata Wanita

Ada beberapa perkara dalam fikiran wanita apabila berjumpa seseorang lelaki; "Dia single?""Tinggal mana?" dan sudah tentu "Dia kerja apa?"

Wanita akan menganalisis pelbagai perkara tentang seseorang jejaka itu sebelum bersetuju untuk keluar bersama.

Sebenarnya, setiap pekerjaan melambangkan keperibadian seseorang.

Mungkin ia bukan kayu ukur kepada kebahagiaan pasangan namun, secara umumnya wanita lebih gemarkan lelaki yang memiliki ciri-ciri tertentu seperti sentiasa mengambil berat, gagah, pandai dan berkeyakinan tinggi.

Jadi, kami senaraikan 10 kerjaya lelaki paling seksi di mata wanita.



10) Jurutera

Secara kualitinya, jurutera memiliki IQ yang tinggi berbanding tubuh bada yang sasa. Difahamkan mereka lebih teliti dan penyabar.

Seorang jurutera mampu baiki apa sahaja. Bayangkan pasangan anda boleh membaiki komputer anda, menggantikan cermin iPhone yang retak dan mungkin boleh mencetak sendiri casing telefon pintar anda!

Ada yang melihat jurutera memiliki personaliti nerd! Tetapi nerd itukan seksi juga.



9) Polis

Cuba bayangkan anggota polis dari 21 Jump Street seperti Channing Tatum. Keseksian anggota polis terletak pada uniform mereka. 

Menambah nilai seksi jika anggota polis itu masih muda dan kacak.

Sebenarnya ada yang melihat bercinta dengan polis satu kelebihan misalnya memudahkan untuk mereka menyelesaikan masalah saman.



8) Pelukis

Pelukis sangat misteri. Itu nilai seksi yang dipandang wanita dalam diri seseorang pelukis.

Malah, kombinasi sifat romantik dan kreatif menaikkan saham mereka. Namun sifat itu akan bertukar menjadi terlebih sensitif terutama ketika anda dan pasangan bertegang lidah.

Siapa yang tidak tahan dengan lelaki sensitif mungkin bukan ditakdirkan untuk bersama pelukis.



7) Pemuzik

Pemuzik seorang yang spontan! Mana tidaknya, anda tidak akan dapat menduga setiap gerak-gerinya yang mungkin akan mengejutkan anda dengan petikan gitar dan nyanyian lagu tiba-tiba.

Mereka berbakat, berkeyakinan dan mampu membuai perasaan anda dengan kebolehan mereka.

Sikap spontan pemuzik juga mungkin menjerat diri mereka. Senang cerita, mereka sering menipu (tapi tidak semua).



6) Atlet

Tiada atlet yang tidak mempunyai sosok badan yang sasa. Malah, status sosial seorang atlet juga serin menjadi dambaan wanita.

Walaubagaimanapun, personaliti atlet seakan sama dengan pemuzik; senang buat wanita cair tapi bukan boyfriend material!

Sukar sebenarnya untuk mencari atlet yang boleh setia dengan seorang wanita kerana mereka sering menjadi kegilaan ramai. Bagi wanita yang berani dan mahukan gaya 

kehidupan sihat seperti pasangan anda, kenapa perlu lepaskan peluang untuk bersama ahli sukan?



5) Usahawan 

Usahawan memiliki minda yang geliga, yang mungkin menarik perhatian wanita berbanding lelaki berbadan sasa.

Mungkin seorang usahawan tidak terus berjaya tetapi kerjaya itu menjamin masa depan yang cerah.

Tambah-tambah seorang usahawan yang baru menapak, mereka memerlukan sokongan wanita yang memahami. 

Namun, tidak semua wanita sukakan cabaran ini.



4) Bomba

Kerjaya ini dikategorikan antara paling seksi. Sama seperti polis, anggota beruniform sering menjadi kegilaan wanita.

Itu sebabnya kebanyakan kalendar yang diterbitkan memaparkan imej anggota bomba dalam pelbagai aksi.

Kalau anda menonton filem-filem yang memaparkan kehidupan anggota bomba yang sentiasa on-the-go, pasti anda pun mahu menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka bukan?



Ibaratnya anda bersama seorang hero masyarakat yang telah berjaya menyelamatkan nyawa terancam dan memadamkan pelbagai kes kebakaran.

Bomba terkenal dengan kekuatan, yakin diri dan berani; yang membuatkan wanita rasa lebih selamat apabila bersama. 

Namun, anda harus bersiap sedia dengan mereka kerana tuntutan kerja di luar waktu kebiasaan!



3) Peguam

Seorang peguam memiliki sifat yakin diri, keras kepala, bijak dan petah berkata-kata. Bukan saja berjaya malah mereka juga berpendidikan dan berkuasa.

Ada pelbagai jenis firma guaman namun tidak semua peguam berada di lapangan melainkan yang betul-betul cekal.

Kerjaya ini antara yang paling dikejar memandangkan jumlah pendapatan yang tinggi.

Peguam sangat memahami dan seorang pendengar yang setia malah, mereka juga memiliki ciri-ciri pasangan berkualiti.



2) Doktor

Mempunyai pasangan seorang doktor ibarat hidup anda akan sentiasa selamat, sesuai dengan jolokan 'life saver'.

Kebanyakan waktu seseorang doktor memiliki tahap keyakinan diri yang tinggi, kadang-kala pemalu dan selalunya awkward. Tapi itu yang membuatkan mereka nampak menawan!

Bidang kedoktoran juga meluas, namun doktor yang paling seksi biasanya bertugas dalam bidang pembedahan dan pediatrik.

Doktor pediatrik menambat hati wanita dengan sifat mesra mereka dengan kanak-kanak manakala pakar bedah pula dianggap penyelamat nyawa.



1) Cef

Tiada yang lebih seksi daripada lelaki yang handal memasak. 

Cef seorang yang kreatif, penyabar dan bercita-cita tinggi. Bagi pencinta makanan, menjadi impian utama untuk memiliki hati cef.

Namun, jika cef anda seorang yang hebat di dapur, mereka mungkin bertugas di restoran terkemuka dan hal ini bermakna akan ada lebih banyak masa terutama waktu malam dan hujung minggu akan dihabiskan mereka bekerja.

Seandainya anda seorang individu yang penyabar, anda boleh hidup bersama cef.

Peti sejuk anda pun akan penuh dengan makanan best-best!
loading...

0 Response to "10 Kerjaya Lelaki Paling Seksi Di Mata Wanita ANDA MESTI TERKEJUT NOMBOR 1 JATUH PADA KERJAYA APA..."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close