10 JUTA bukan dapat MENGEMBALIKAN ANAK KAMI..ALLAHHUAKBAR...Bertapa sedih dan pilunya hati ibu dan bapa yang KEHILANGAN ANAK BONGSU kesayangan kerana KECUAIN DOKTOR...AKHIRNYA..

loading...


KUALA TERENGGANU – Penderitaan pasangan guru yang kehilangan anak bongsu mereka empat tahun lalu terlerai selepas 11 defendan termasuk lapan doktor dan dua pengarah hospital mengaku cuai sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak itu di Mahkamah Tinggi di sini semalam.
Kesemua defendan termasuklah pengarah Hospital Besut dan pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) membuat pengakuan itu sewaktu prosiding kes tuntutan saman dikemukakan Muhamad Sardi Saad, 41, dan Fadilah Abd. Wahab, 47, di hadapan Hakim Datuk Zainal Azman Ab. Aziz.
Defendan-defendan mengaku melakukan kecuaian tersebut sehingga menyebabkan kematian Ulya Insyirah pada 5 Disember 2013. Semasa kejadian, Ulya Insyirah yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik berumur empat tahun.
Lapan doktor berkenaan ialah Dr. Shairazi Azizi Mohd. Salleh, Dr. Mohd. Ruhaifi Yusuf, Dr. Norzaherawati Aryani Md. Tahir, Dr. Hasmani Hamat, Dr. Muhammad Solehuddin Ishak, Dr. Noor Ain Noor Afendi, Dr. Sharifah Huda Engku Alwi dan Datuk Dr. Jimmy Lee Kok Foo. Mereka merupakan doktor perubatan di Hospital Besut dan HSNZ.
Tiga lagi defendan ialah pengarah HSNZ, Dr. Nor Azimi Yunus dan pengarah Hospital Besut, Dr. Asmaliza Abdul Rahman serta Kerajaan Malaysia.
Muhamad Sardi dan Fadilah mengemukakan tuntutan saman berjumlah RM10 juta pada 6 Disember 2015 ekoran kehilangan anak mereka.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

loading...

0 Response to "10 JUTA bukan dapat MENGEMBALIKAN ANAK KAMI..ALLAHHUAKBAR...Bertapa sedih dan pilunya hati ibu dan bapa yang KEHILANGAN ANAK BONGSU kesayangan kerana KECUAIN DOKTOR...AKHIRNYA.."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close