“Yang, Nak Pahala Tak?”, Tanya Suami Dengan Kuat Depan Semua Tetamu, Lalu Arahkan Isteri Mengambil Kopi Untuknya, Hanya Kerana Ingin Tunjukkan Autoritinya

loading...


Hidup sebagai suami isteri perlukan kemesraan, tolak ansur, juga kefahaman antara satu sama lain. Jika pasangan memerlukan bantuan, sebaiknya tidak perlu ditunggu untuk pasangan tersebut meminta, ianya lebih baik kita bertanyakan kepada pasangan jika ada apa-apa yang perlu ditolong.

Begitulah sepatutnya yang berlaku antara pasangan yang telah berumah tangga, tidak boleh hanya melepaskan segala tanggungjawab kepada seseorang sahaja, khususnya buat suami, yang mana harus emmainkan peranan dalam membantu isteri, tidak kira bila masanya.

Menerusi perkongsian dari saudara Khairul Abdullah ini, sikap segelintir masyarakat di luar sana, yang kurang mengambil serius dalam hal rumah tangga, juga anak-anak, dalam membantu isteri sudah menjadi kebiasaan buat mereka. 

Perkara sebegini seharusnya diubah, dalam memastikan rumah tangga kekal harmoni, dan bahagia.

Mari kita iktui perkongsian darinya.

Gambar Hiasan

Apa perasaan anda bila lihat seorang suami atau bapa leka dengan telefon sedangkan si isteri sedang "berkungfu" dengan anak-anak ketika makan di sebuah restoran?

Anak 3 orang, semuanya sedang membesar dan lasak. Ada yang masih makan bersuap dan ada yang masih belum boleh duduk dan harus dipangku atau diriba si ibu.

Dengan sepasang tangan itulah, hendak dikawal dan diberi makan 3 orang anak serentak. Ada yang menangis, ada yang merengek. Ada yang minta disuap, ada yang tumpahkan air. Si abang mengusik si adik sampai menangis, dan bayi kecil turut menangis melihat aksi abang dan kakaknya.

Wajah si ibu mula berubah. Tiada girang hanyalah duka.

Keseronokan makan di luar yang diharapkan namun keletihan dan kekecewaan mula melanda.

Si ibu bangun ke kaunter mengambil tisu sambil menggendong si kecil. Kembali ke meja dilap segala tumpahan. Nafas dihela dalam-dalam dan sambung kembali menyuap makanan untuk anak-anaknya.

Si ayah masih terpaku sambil telefon di tangan menguasai diri.


*********************

Di sebuah kompleks membeli belah, kelihatan seorang ibu mendukung anak kecil yang masih belum setahun usianya. Di tangan yang sebelah lagi pula menjinjing barangan yang baru dibeli. Sambil berjalan menuju ke parkir si ibu sekejap berhenti menunggu anak yang seorang lagi agar berjalan segera melintasi laluan yang sibuk dengan kereta.

Si ayah jauh di hadapan sedang asyik dengan asap yang berkepul keluar dari mulut dan hidungnya. Mata pula tidak terlepas melihat kandungan yang terpancar di skrin telefon bimbitnya.
Tiada seri dan senyum di wajah si ibu. Keletihan pastinya.

Si suami pula tersenyum-senyum seorang diri. Mungkin sedang membaca mesej yang mencuit hati.


Banyak lagi cerita sebegini yang boleh kita lihat setiap hari.

Adakah tanggungjawab menjaga anak adalah terletak di bahu ibu semata-mata? Mana perginya sifat tolong-menolong? mana perginya sifat kasih-sayang?

Adakah lelaki sebagai ketua keluarga harus bersikap seperti raja?
Ketika hendak berkahwin bukan main berjanji hendak susah senang bersama. Namun bila bab bersusah membesarkan anak-anak, si isteri seorang sahaja yang menanggungnya.

Tidak hairan banyak kes gila meroyan di kalangan masyarakat kita. Orang lelaki dididik agar menjadi raja. Mengurus rumahtangga terutamanya yang ada anak kecil bukanlah satu tugas yang mudah. Sikap bantu-membantu adalah sangat-sangat diperlukan.

Usahlah acah-acah raja sangat, sampai semua benda isteri sahaja yang kena buat.

Saya pernah melihat dan mendengar seorang lelaki berkata kepada isterinya di dalam sebuah majlis.

"Yang, nak pahala tak?" tanya suaminya dengan kuat di mana semua tetamu di dalam majlis tersebut dapat mendengarnya dengan jelas.

"Err...nak" jawab isterinya serba salah.

Lalu si suami dengan suara yang kuat mengarahkan isterinya untuk mengambil kopi untuk beliau, sambil menerangkan kepada kami semua yang seorang isteri amatlah mudah untuk mendapatkan pahala dengan hanya memberi minum kepada suami.

Kelihatan wajahnya agak "frust" namun dibawakan juga kopi untuk suaminya. Si isteri adalah seorang pegawai besar di kalangan tetamu di dalam majlis tersebut. 

Tindakan suami tidaklah salah. Namun di majlis yang formal di mana isterinya adalah seorang yang dihormati,tidak perlulah si suami menunjukkan autoritinya. Boleh sahaja pergi kepada isteri atau panggil isteri dengan lembut dan bisik perlahan dan mintalah kopi atau apa sahaja yang diingini.

Suami isteri dapat pahala dan air muka isteri dapat dijaga, ye tak?


Kisah lain, ada seorang kakak dan suaminya pernah bermalam di rumah saya. Saya tidak mengenali mereka namun dengan niat untuk membantu saya mempelawa mereka bermalam.

Usai makan malam, kakak tadi berkata kepada saya. "Untunglah, awak nak juga masuk dapur, nak juga cuci pinggan sendiri. Suami akak tu memang tak pernah masuk dapur" ceritanya kepada saya.

"Kalau akak demam atau sakit teruk pun, pinggan mangkuk, kain baju segalanya akak perlu buat juga." Tambahnya lagi.

Si suami tidak sesekali akan melakukannya. Usai makan pun, pinggan ditinggalkan di atas meja sahaja, walaupun di rumah orang. Si isteri akan uruskan segalanya. Suaminya adalah raja.

Baguslah, isterinya dapat banyak pahala. Tetapi takkanlah si suami tidak boleh membantu langsung? Takkanlah ketika isteri sakit pun, masih tidak mahu masuk ceruk dapur? Kalau ada bibik tu lain ceritalah.


Buat kaum lelaki semua, bantulah isteri anda sehabis upaya. Kita berkongsi hidup, berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi bahagia dan derita. Tidak salah untuk berkongsi tugas mengurus rumahtangga.

Jangan kata yang anda penat bekerja maka sudah kurang upaya untuk turut membantu. Isteri di rumah 5 kali lebih penat dari anda mengurus segalanya.

Tidak jatuh taraf anda sebagai seorang suami kerana anda mencuci pinggan di dapur atau melipat kain baju di ruang tamu atau memandi dan menukar lampin anak sendiri.

Itulah tanda suami hebat yang isterinya sayang ketat-ketat.

P.S: Artikel ini untuk Hari Wanita, tapi terlepas deadline 
Tabik spring untuk semua wanita terutamanya ibu-ibu diluar sana. Korang memang power!
KISAH BENAR
loading...

0 Response to "“Yang, Nak Pahala Tak?”, Tanya Suami Dengan Kuat Depan Semua Tetamu, Lalu Arahkan Isteri Mengambil Kopi Untuknya, Hanya Kerana Ingin Tunjukkan Autoritinya"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close