loading...
“Pada waktu malam, ketika semua orang telah tidur, turun dari katil awak dan pusing dalam bilik sebanyak 3 kali. Kemudian, sebut perkataan magik: ‘Alfey kingdom, sweet little fairies, beri saya kuasa, saya minta''
Para ibu bapa diminta supaya mengawasi dan memastikan ahli keluarga tidak bermain permainan ini.
Dunia sekarang amat menakutkan. Di mana-mana saja pasti ada ‘orang tertentu’ yang berniat ingin mencederakan insan paling suci dalam masyarakat — kanak-kanak.
Terbaru sekali, ada satu ‘permainan’ berbahaya yang boleh mengundang maut buat si kecil. Permainan ini kelihatan seperti satu gurauan dan meniru karakter siri animasi Wink Club: School of Witches yang popular di kalangan kanak-kanak.
Kegilaan ini berasal dari Rusia dan dikenali sebagai permainan Fire Fairy. Dengan permainan ini, kanak-kanak, terutamanya kanak-kanak perempuan akan menghidupkan dapur gas pada tengah malam.
Menurut sumber berita, jika mereka menghidupkan dapur gas, mereka akan dijanjikan bertukar menjadi ‘fire fairy’.
Mangsa kejadian
Mangsa kejadian
Sofia, seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun telah cedera parah melecur akibat membuka dapur gas di rumahnya demi ‘permainan’ ini.
Sumber berita menjelaskan, arahan permainan terbabit adalah;
“Pada waktu malam, ketika semua orang telah tidur, turun dari katil awak dan pusing dalam bilik sebanyak 3 kali. Kemudian, sebut perkataan magik: ‘Alfey kingdom, sweet little fairies, beri saya kuasa, saya minta’.
“Selepas itu, pergi ke dapur diam-diam supaya tiada siapa perasan awak atau nanti perkataan magik itu akan hilang. Buka dapur gas — kesemua pembakar — tapi jangan biar dapur keluar api. Awak taknak terbakar, kan? Lepas itu, pergi tidur.
“Gas magik akan datang dekat awak nanti. Awak akan hidu gas magik ketika tidur. Esok bila awak bangun, sebut ‘Terima kasih Alfeya, saya dah jadi bidadari’. Dan awak akan jadi bidadari api yang sebenar.”
Permainan berbahaya ini dilaporkan mengarah kanak-kanak untuk: “Pergi ke dapur diam-diam supaya tiada siapa perasan atau nanti perkataan magik akan hilang”.
Taktik licik ‘permainan’ yang menjijikkan ini akhirnya terbongkar apabila polis Rusia menerima aduan daripada ibu bapa.
Penyiasat Negeri, Irina Minina memberi amaran: “Ia mungkin sebuah ‘permainan bunuh diri’. Kami sedang mencari pihak yang bertanggungjawab menyebar mesej ini.
Pada masa yang sama, Rainbow — sebuah syarikat yang bertanggungjawab untuk jenama Winx Club telah dilaporkan membuat kenyataan pada media sosial di Rusia dengan mengatakan:
“Pihak Rainbow amat kesal dengan kejadian ini, dan pengagihan bahan, yang didapati memiliki arahan untuk membunuh diri dan menggunakan watak-watak dari Winx Club.
“Syarikat Rainbow yang menghasilkan produk-produk bertujuan untuk mempromosikan nilai-nilai kebaikan pada kanak-kanak amat terkejut dengan kejadian ini. Perbuatan tersebut nyata untuk mencederakan kanak-kanak.”
Pastikan anak anda selamat
Internet telah jadi satu tempat yang amat ‘menggerunkan’, penuh dengan pelbagai sudut kejahatan yang tidak kita ketahui. Bila berita seperti ini muncul, baru kita sedar — internet penuh bahaya!
Apa yang lebih membimbangkan, ibu bapa kini merasa amat sukar untuk melindungi anak-anak mereka yang ‘celik teknologi’ daripada sebarang bahaya.
Tapi, ada beberapa cara yang boleh anda buat untuk pastikan si manja sentiasa selamat:
-Anak yang masih muda tidak patut ada akses pada internet. Jika perlu, pastikan ia dipantau oleh orang dewasa
-Letak komputer yang sering diguna anak anda di kawasan yang senang dilihat, seperti ruang tamu.
-Anak anda tidak boleh memberi maklumat peribadi seperti nama, umur atau alamatnya kepada individu dalam talian.
-Mereka sepatutnya tidak boleh berbual dengan orang tak dikenali di Internet.
-Ibu bapa perlu peka/mengikut perkembangan trend/rentak media sosial terkini untuk lindungi si manja bila perlu
-Galakkan komunikasi yang terbuka dengan si manja sejak awal lagi. Jadi, jika ada orang kacau mereka dalam internet, mereka selesa untuk bercerita pada anda.
-Bila mereka sudah cukup umur, ajar mereka tentang risiko/bahaya Internet. Ajar juga bagaimana ingin melayari internet dengan selamat.
-Semua kata laluan diketahui oleh anda. Malah, anak anda juga tak dibenarkan untuk mendedahkan kata laluan itu pada orang lain.

0 Response to "(ViRaL) Awas Ibu Bapa.. Seorang Kanak-kanak Terbakar Pada Bahagian Badan Akibat Bermain Permainan Online Ini.. Awasi Anak-anak Anda."
Post a Comment