(TrenDinG) Betul Ke Ni? Wanita Berasal Dari Sabah Ini Menceritakan Perka-perkara Yang Pelik Sepanjang Beliau Tinggal Di USA..Perkara No 1 Memang Dah Pelik.

loading...

Wahhhh.. ini betul-betul pelik.. korang yang tak pernah keluar dari Malaysia mesti tak pernah tahu perkara-perkara pelik ni wujud di negara luar kan? lepas baca kisah yang dikongsikan ni, mesti korang akan fikir dua kali sebelum terbang ke USA.. Klik Share!



Perkara unik yang ada di Malaysia belum tentu ada di negara lain. Begitu juga sebaliknya. Kami bawakan 10 perkara unik berikut yang ada di USA tapi tiada di Malaysia. Ia adalah sumbangan daripada Hadhinah Fawwazah yang telah berkahwin dengan warga USA dan menetap di sana. 
1. Kedai senjata
perkara-pelik-di-usa-1
Di AS, setiap bandar besar akan ada berpuluh-puluh kedai senjata di mana semua yang tidak mempunyai rekod jenayah boleh memiliki senjata tanpa perlu ada lesen atau permit senjata.
perkara-pelik-di-usa-2
Masuk ke kedai, berikan ID, tunggu 3 hari untuk “background checking” untuk rekod jenayah, dan kalau takda rekod jenayah, dapatlah menyimpan senjata, samada untuk memburu atau untuk mempertahankan diri.
2. “Drive-thru ATM”
perkara-pelik-di-usa-3
Dengar khabarnya di Malaysia terdapat beberapa tempat yang mempunyai “drive-through” ATM ini. Tapi di AS, “drive through ATM” ini sudah menjadi kebiasaan dan boleh dilihat di mana-mana. Mudah dan selamat, terutamanya bagi wanita yang ingin mengeluarkan wang di waktu malam.
3. “Corn maze” di ladang jagung yang sangat luas
perkara-pelik-di-usa-4
Setiap kali sebelum musim menuai jagung, peladang-peladang jagung di Timur AS akan menjadikan ladang jagung mereka yang luas sebagai “corn maze”. Saya sendiri pergi dan merasai pengalaman mencari jalan keluar dari “corn maze” di Manalapan, New Jersey pada musim luruh lalu.
perkara-pelik-di-usa-6
perkara-pelik-di-usa-5
Telah terjadi satu hari seorang pengunjung sesat di dalam “corn maze” dan panggilan SOS terpaksa dibuat kerana pengunjung terbabit terlalu letih untuk cari jalan keluar. Ladang yang saya pergi ini juga ialah Top 10 yang terbesar di AS. Letih juga mencari jalan keluar, saya ambil masa 2 jam!
4. Bandar kecil terbiar dan bandar kecil dengan nama yang pelik
perkara-pelik-di-usa-7perkara-pelik-di-usa-8
Nothing, Arizona. Populasi: 4, tetapi sewaktu saya berada di sana, saya tidak bertemu dengan 4 orang ini, sebaliknya, saya “berkawan” dengan kaktus gergasi, Saguaro(sa-wa-ra), yang hanya terdapat di selatan Arizona dan sedikit di California di AS ini. Tiada nama lain kah selain Nothing? Unik, bukan?
perkara-pelik-di-usa-9
Zzyzx, California
Pada asalnya ialah sebuah komuniti kecil bernama Soda Spring di California, dekat sempadan California-Nevada. Kawasan pra-sejarah ini telah lama menyaksikan kehidupan manusia yang berpusat di oasis yang terdapat di tengah-tengah kawasan gurun Mojave. Nama “Zzyzx” diberikan oleh Curtis Springer pada tahun 1944, sebagai sebahagian daripada usaha beliau untuk meletakkan pekan ini di barisan terakhir buku Yellow Pages! Dia berjaya, akan tetapi pekan ini mati begitu sahaja berikutan kekurangan pengunjung kerana lokasi yang agak jauh dari bandar lainnya.
perkara-pelik-di-usa-10
Gambar ini ialah saya berjalan di atas garam di pinggi Zzyzx.
5. Daerah Yolo
perkara-pelik-di-usa-11
Satu-satunya daerah di dunia yang dinamakan Yolo, dinamakan sempena nama sebuah sungai yang mengalir di situ. Pekan ini kemudiannya menjadi popular gara-gara terma “YOLO” atau “You only live once“.
perkara-pelik-di-usa-12
Namun yang demikian, masih ramai yang tidak tahu akan kewujudan pekan ini, dan sewaktu saya di sini, rakan-rakan menyangka saya bergurau. Yolo ini kecil sahaja, tetapi mereka ada balai bomba dan juga pejabat pos, juga bernama Yolo.
6. Nombor plat –  sesuka hati boleh reka dan daftarkan
perkara-pelik-di-usa-14
Salah satu cara untuk melihat warga AS berkreatif di atas jalan ialah dengan undang-undang “JPJ” mereka di mana setiap pemilik kereta boleh memilih apa sahaja nama yang mereka suka untuk didaftarkan sebagai nombor kereta mereka asalkan tidak melebihi 7 aksara.
perkara-pelik-di-usa-13
Saya gemar mengambil gambar nama-nama yang menarik, contohnya kereta “CHICKEN” dari Negeri Alaska ini dan yang lainnya. Akan tetapi, jika negeri anda sudah terdapat satu nama CHICKEN, maka anda tidak boleh lagi menggunakan nama tersebut. Kalau di Malaysia dibenarkan berbuat yang begini, macam-macam namalah yang akan kita lihat! Yang menariknya juga mengenai keistimewaan ini ialah anda boleh “customized” secara percuma! Ya, tanpa perlu “bidding” atau bayaran yang mahal macam di Malaysia yang tidak membenarkan pemilik kereta menjadi terlebih kreatif.
8. Hotel berupa anjing
perkara-pelik-di-usa-15
Pelik tapi wujud. Pada trip merentas 34 negeri di AS musim panas lepas, saya berkesempatan menetap selama satu malam di hotel yang mana antara paling pelik di dunia, hotel berbentuk anjing yang terletak di Cottonwood, Negeri Idaho.
Frances dan Denis, iaitu arkitek dan pereka serta pemilik hotel ini sangat gemarkan anjing. Mula-mula hanya hobi, Dog Bark Park Inn kini telah menarik jutaan pengunjung dari seluruh dunia. Hotel ini juga disenaraikan di Airbnb, tetapi anda memang harus berebut jikalau ingin bermalam di sini berikutan permintaan yang sangat tinggi.
9. Wormsloe Historic Plantation – di mana terletaknya jalan pokok oak hidup terpanjang dan satu-satunya di dunia
perkara-pelik-di-usa-16
Terletak di Savannah, Negeri Georgia, jaluran pokok oak tang ditanam pada tahun 1800an ini telah menarik perhatian ramai jurugambar terkenal berikutan kecantikan dan keunikannya yang tersendiri.
Jika anda Google nama tempat ini, nescaya jalan pokok oak hidup ini yang akan muncul dan hanya jalan ini yang akan muncul kerana tidak ada jaluran pokok oak yang terpanjang dan juga yang masih hidup terdapat di mana-mana di dunia ini melainkan di sini. Panjang jalan ini ialah 2.4 km dan percayalah, tempat ini tiada yang lainnya.
10. Makanan astronaut – boleh didapati di pasaraya
perkara-pelik-di-usa-17
Bukan kebiasaan untuk kita lihat apatah lagi merasa makanan yang dikhaskan untuk misi angkasa. Di AS, anda boleh merasai beberapa makanan yang direka khas untuk dibawa dan seterusnya dinikmati di angkasa oleh para angkasawan.
perkara-pelik-di-usa-18
Paling popular ialah aiskrim Neapolitan “freeze-dried” ini. Ya, ini ialah aiskrim yang telah dibeku-keringkan. Rasanya sama seperti aiskrim, cuma ianya tidak sejuk, sebaliknya akan terasa seperti memakan biskut.
loading...

0 Response to "(TrenDinG) Betul Ke Ni? Wanita Berasal Dari Sabah Ini Menceritakan Perka-perkara Yang Pelik Sepanjang Beliau Tinggal Di USA..Perkara No 1 Memang Dah Pelik."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close