loading...
1) Kenapa perlu “ Sumguard” / “ Tankguard” untuk kereta Rally.
Setiap kereta Rally perlu di lengkapi dengan “ Sumguard “. Tujuan kereta Rally di lengkapi adalah merupakan sebagai pelindung utama kepada bahagian tertentu di kereta. Kebiasaanya ia di pasang di bahagian bawah bahagian hadapan kereta, terutama di bahagian bawah enjin. Ia dapat melindungi bahagian bawah enjin kereta rally dari terkena batu terutamanya. Ia akan menutupi sebahagian besar bahagian bawah enjin.
Manakala fungsi “ Tankguard” pula adalah hampir sama dengan “ Sumguard” , Cuma kedudukan “Tankguard” di letakkan atau di pasang di bahagian bawah tangki minyak. Kedudukannya adalah sebagai pelindung kepada tempat minyak dari mengenai sebarang objek keras seperti batu atau kayu.
Dengan adanya “Sumguard” dan “Tankguard” ini ia dapat juga mengurangkan risiko dari sebarang kerosakan terhadap struktur enjin dan tangki minyak sesebuah kereta Rally
2) Apakah itu Services Book / Route Book di dalam Rally
Bahagian dalam atau isi Kandungan Sevices Book / Route Book adalah hampir sama. Cuma , services book ini di gunakan atau lebih tepat lagi di serahkan pengunaannya kepada crew sesebuah pasukan itu sendiri. Selalunya di guna pakai oleh Pengurus atau seorang Crew sebagai sumber rujukan Program Rally tersebut.
Manakala Route Book pula di simpan dan di teliti oleh peserta untuk menjadi panduan perjalanan program Rally.
Pelbagai informasi atau isi kandungan di dalam buku ini antaranya adalah seperti peta SS, peta perjalanan menuju SS, no hp utk dihubungi kiranya berlaku sebarang kecemasan, program rally, jarak ss, masa dan pelbagai lagi. Senang cerita buku ini amatlah penting sebagai panduan kepada peserta serta crew yg terlibat sebagai sumber rujukan.
3) Mudflaps
Kenapa perlu ada MudFlaps di pasang kepada kereta Rally. Ini bukan untuk lawa , suka-suka atau mencantikan kereta Rally. Tapi mesti ada fungsinya. Adakah ia berupaya mengelakan dari batu dari terpelanting mengenai penonton? Atau sekadar hiasan.
Ada juga rakan2 yang menyatakan bahawa jika di pasang dan bila jalan lecak atau becak, maka tanah akan melekat dan menambah beratkan lagi kereta. So….apa cerita di sebalik Mudflaps ini.
Ya.! Sebenarnya, tujuan utama ia di pasang adalah untuk mengelakkan batu terutamanya dari beterbangan.
4) Tulip
Istilah “Tulip” dalam Rally. Ini salah satu Tulip menuju ke tempat recce dalam SS. Sebenarnya bila berada di dalam SS atau stages banyak lagi tulip yang di pasang dan di pacak lebih kurang 30meter sebelum simpang simpang jalan untuk menjadi penunjuk arah dan laluan sebenar. Kadangkala Tulip ini boleh mencecah ke 100 tulip dan ke atas. Ia bergantung pula kepada berapa jauhnya atau jarak dalam kilometer di dalam stages / SS. Ia juga boleh di jadikan sebagai penanda atau “marking” untuk driver dan codriver membuat “Pacetone”. Sebelum hari pertadingan, Recce atau membuat penilaian stages / SS perlu di lakukan terlebih dahulu untuk membuat Pacenote.
5) Intercom Rally
Apa pentingnya dan cara penggunaannya. Ia amat di perlukan untuk cara berkomunikasi di antara Driver dengan Navigator Rally / Pemandu Arah. Kalau tak ada pun tak apa, cuma bila Pemandu Arah membaca Pacenote ia akan susah di fahami dan di dengari di sebabkan ganguan bunyi.
Sebenarnya, bila kita mempunyai Intercom ia sepenuhnya dapat membantu Driver mendengar dengan jelas apa yang di perkatakan oleh pemandu arah semasa membaca Pacenote. Semasa perlumbaan, pelbagai ganguan bunyi didengari dari luar dari segi bunyi ekzos, batu , dan lain-lain. Tapi sekiranya ada helmet yang kedap dan di lengkapi Intercom di dalamnya. Hanya suara pemandu Arah sahaja yang akan kedengaran. Kesimpulannya ia memudahkan di antara Pemandu Rally dan Pemandu Arah untuk berkomunikasi dengan jelas dan mudah.
loading...
0 Response to "Sukan Rali Dan Kit Perlumbaan UNTUK PEMINAT2 SUKAN RALLY...Equipment YANG tak terfikir OLEH ANDA..apa yang PATUT ada pada SEBUAH KENDERAAN RALLY..."
Post a Comment