Selepas 'Ceroboh' Bilik Bapanya Yang Sedang Bersiaran Langsung, Marion Kini Bergelar Bintang Internet Popular

loading...


Jika sebelum ini dia berjaya menarik perhatian dunia kerana 'menceroboh' bilik bapa yang merupakan seorang Profesor yang sedang ditemu bual dengan stesen BBC, nampaknya hari ini Marion Kelly sekali lagi berjaya mencuit hati netizen dengan gelagat comelnya.

Marion Kelly telah dijemput untuk muncul dalam satu sidang akhbar di Korea Selatan bersama bapanya, Profesor Robert E.Kelly.


Dalam sidang akhbar berkenaan, Prof Kelly yang turut datang bersama isterinya Kim dan anak bongsu mereka James telah menjelaskan kekecohan yang berlaku dalam temubual Ahad lalu itu.

Gelagat Marion yang baru berusia 4 tahun itu telah berjaya menarik perhatian ramai dengan tingkah lakunya yang aktif selain gaya pemakaianya dengan trench coat berwarna perang muda, serta cermin mata berbingkai merah jambu.

View image on TwitterView image on Twitter
Robert Kelly's daughter Marion in his presser chomping her lollipop like a cigar is the embodiment of thuglife. - @tessa_wong 


View image on TwitterView image on TwitterView image on TwitterView image on Twitter
My ovaries are tingling. How cute is she?! Little Miss Sassypants.  


Marion and James Kelly are real life superhero kids, and their power is to bring unending joy to millions of strangers all over the world!




Semasalam dalam sidang akhbar berkenaan Prof. Kelly menjelaskan dia pada mulanya sangat risau dengan kekecohan yang dicetuskan anak-anak dimana dia beranggapan dia mungkin tidak akan muncul di kaca televisyen lagi.

"Memang saya bimbang. Saya terus menghubungi BBC untuk meminta maaf.

"Ketika itu saya terfikir, 'habislah, stesen televisyen takkan panggil saya lagi selepas ini'," kata Kelly.

Namun begitu, Kelly berkata dia gembira kerana gelagat keluarganya itu sedikit sebanyak dapat menceriakan hidup orang ramai.

#KISAH BENAR
loading...

0 Response to "Selepas 'Ceroboh' Bilik Bapanya Yang Sedang Bersiaran Langsung, Marion Kini Bergelar Bintang Internet Popular"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close