Mertua Jahit Mulut Sendiri Kerana Kuat Bebel

loading...
jahit

Seorang perempuan berusia 57 tahun dan hanya diketahui mempunyai nama Lin menjahit bibirnya sendiri setelah dia bertengkar dengan menantunya di rumah mereka di Taiwan. Demikian diberitakan China Times.

Lin mengaku penat mendengar keluhan menantunya yang mengatakan dirinya terlalu cerewet. Setelah melalui sebuah perdebatan yang hebat dengan menantunya asal Vietnam, si menantu bernama Chen menelefon polis dan mengatakan jika Lin mengidap kelainan jiwa tapi menolak pergi berubat.

Polis tak boleh melakukan apa-apa kerana Lin mengunci diri di dalam bilik dan meninggalkan rumah mereka di Taoyuan. Dua jam kemudian, dia kembali dan Chen menelefon polis dan mereka mendapati kepala Chen berdarah dan menurut Chen ini disebabkan kerana Lin menyerangnya dengan seterika.

keesokan harinya, Lin ditemui jalan-jalan di dekat taman dan bibirnya dijahit. Dia kemudian dibawa ke hospital agar jahitan tersebut dilepas.

Lin berkata dia menjahit bibirnya sendiri kerana Chen selalu marah jika dia terlalu cerewet dan kuat membebel. Tetapi doktor tidak percaya kerana jahitan itu terlalu kuat dan kemungkinan dilakukan orang lain.
KISAH BENAR
loading...

0 Response to "Mertua Jahit Mulut Sendiri Kerana Kuat Bebel"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close