Kereta Api Ini Berhenti Di Sebuah Stesen Yang Cuma Ada Seorang Penumpang Setiap Hari Untuk Pastikan Seorang Gadis Ke Sekolah

loading...


Bayangkan, demi memastikan seorang pelajar perempuan dapat berulang alik ke sekolahnya, sebuah stesen kereta api di Jepun masih beroperasi walaupun hanya ada seorang penumpang sehari di kawasan utara Hokkaido, lapor Global News.

Semua bermula sejak beberapa tahun lalu di mana bilangan penumpang di kawasan berkenaan mula berkurang hampir semua mereka berpindah di mana stesen Kyu-Shirataki kini sunyi sepi.

Namun pihak Hokkaido Railways telah membuat keputusan meneruskan perkhidmatan di stesen kereta api tersebut agar gadis ini dapat berulang-alik ke sekolah.




Gadis berkenaan, Kana Harada, 18, berulang dari rumah ke sekolahnya menggunakan kereta api berkenaan dimana  dia akan diambil pada jam 7:04 pagi untuk ke sekolah yang jaraknya 56km dari rumah dan akan menaiki kereta api pulang pada jam 5:08 petang untuk pulang.

Tetapi dilaporkan kini stesen kereta api itu telah pun ditutup selepas Harada telah tamat pengajiannya di sekolah berkenaan.

Jom lihat video untuk lebih detail.


loading...

0 Response to "Kereta Api Ini Berhenti Di Sebuah Stesen Yang Cuma Ada Seorang Penumpang Setiap Hari Untuk Pastikan Seorang Gadis Ke Sekolah"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close