Ikea Dan Psikologi Harga Barangan

loading...


Pernah makan di Ikea? Pernah terfikir tak, kenapa kedai perabot jual makanan? Hari tu saya beli perabot di Ikea Damansara. Punyalah ramai orang kat kaunter bayaran. Panjang jugalah kena beratur.
Jadi sementara beratur tu saya tinggalkan troli dan pergi ke Ikea Bistro. Tak jauh, depan kaunter bayaran sahaja. Lokasi tersebut terletak di tempat orang beli karipap inti telur rebus. Di Ikea Bistro ini ada menjual makanan lain lagi. Terdapat aiskrim, hot dog, donut dan sebagainya.

#1 – Penelitian Harga

Saya lihat harga aiskrim dia cuma 80 sen.
“Eh harga aiskrim McD pun seringgit,” kata saya dalam hati.
Lepas tu saya lihat harga hot dog dia. RM2 sahaja.
“Hmm.. hot dog aku beli dengan abang burger tepi jalan pun dekat RM3.”
Saya rasa pelik. Kenapa harga IKEA lagi murah? Sebagai manusia yang tidak suka diselubungi misteri, balik dari Ikea saya segera cari jawapan. Saya minta bantuan bola kristal saya. Google!

#2 – Jawapan Terungkai

“Ohhh macam tu rupanya. Guna psikologi harga.”, baru saya faham. Ini apa yang chef dari Ikea sendiri yang bagitahu. Tapi bukan dari IKEA Malaysia lah. IKEA sengaja jual makanan mereka dengan harga rendah.
Harga makanan yang rendah secara tak langsung akan beri persepsi yang perabot mereka juga berharga rendah. Anda tak tahu berapa kos sebuah sofa. Kemudian anda tengok ada sebuah sofa berharga RM649.
Adakah itu harga yang berpatutan? Anda mungkin tak pasti sebab anda tak pernah beli sofa sebelum ni. Kemudian anda teringat. “Tadi aku makan kat Ikea baru RM10. Kalau aku makan kat tempat lain dengan makanan yang sama mungkin dekat RM20.”
Sekarang secara tak langsung anda akan anggap yang harga sofa tu lebih rendah daripada kedai perabot lain.
Walaupun sebenarnya mungkin tidak!

#3 – Rahsia Terbongkar Lagi

Apa lagi cara IKEA gunakan psikologi harga? Pernah tak tengok harga barang macam ni di IKEA?
RM5.99
RM99.90
RM149
IKEA mula gunakan psikologi harga ni di Sweden. Apabila ia berjaya, Ikea gunakan di 48 negara yang lain. Kenapa psikologi harga ni berjaya? Sebab manusia membaca dari kiri.
Nombor paling kiri yang anda lihat pada harga, akan mempengaruhi harga keseluruhan. Kalau anda tengok harga RM59, anda akan bagitahu pada orang yang harganya dalam RM50 je. Nombor paling kiri yang banyak mempengaruhi keputusan pembelian. Logik kan?
 KISAH BENAR
loading...

0 Response to "Ikea Dan Psikologi Harga Barangan"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close