12 jam merana 'cincin anu' sangkut,NI LAH AKIBAT NAK MENAMBAH KESEDAPAN, last sekali apa yang dapat...KESAKITAN!!!

loading...




Georgetown: Seorang Lelaki berusia 20-an terpaksa menahan sakit selama hampir 12 jam selepas ‘cincin’ logam yang digunakan pada kemaluannya, tersekat tidak boleh ditanggalkan sejak malam tadi.
Dalam kejadian 8 malam itu, lelaki berkenaan dipercayai menggunakan ‘cincin’ berkenaan untuk meningkatkan keupayaan seksualnya ketika melakukan hubungan seks.
Bagaimanapun, kemaluannya bengkak selepas cincin berkenaan tersekat, tidak boleh ditanggalkan, lalu terpaksa dihantar ke hospital yang kemudian meminta bantuan bomba.
Komander Operasi Bomba Jalan Perak, Mohd Asrul Naim Abidin, berkata pihaknya menerima panggilan daripada Hospital Pulau Pinang (HPP) pada 10.50 pagi, hari ini.
“Anggota bomba mengambil masa 10 minit untuk memotong cincin berkenaan,” katanya ketika ditemui di HPP di sini, hari ini.
Menurut Mohd Asrul, mangsa sudah menggunakan pelbagai cara untuk mengeluarkan cincin berkenaan, namun gagal.
“Dia menggunakan sabun, minyak dan bahan lain, namun semua cara itu tidak berjaya.
“Dia kemudian ke hospital untuk mendapatkan bantuan bagi mengeluarkan cincin berkenaan dan pihak hospital meminta bantuan bomba bagi memotong cincin itu,” katanya.



loading...

0 Response to "12 jam merana 'cincin anu' sangkut,NI LAH AKIBAT NAK MENAMBAH KESEDAPAN, last sekali apa yang dapat...KESAKITAN!!!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close