Syarikat Ini Tawar Kerja Bergaji RM44,000 Sebulan Untuk Travel Ke Lokasi-Lokasi Mewah di Serata Dunia..TAK SALAH MENCUBA..jom baca cara2 NAK APPLY...

loading...


Third Home, sebuah syarikat kelab mewah di Tennessee, Amerika, kini sedang mencari calon untuk mengambil posisi yang disifatkan oleh syarikat tersebut sebagai 'kerja paling menarik di dalam dunia'.

Syarikat yang digelar 'Airbnb untuk jutawan' itu memuat naik iklan pekerjaan itu pada minggu lepas yang menawarkan gaji sebanyak $10,000 (RM44,000) sebulan, tidak dicampur dengan elaun. Jangkamasa untuk kerja itu adalah selama tiga bulan.

Calon-calon yang diambil bekerja dikehendaki mengembara ke beberapa lokasi mewah di serata dunia dan menulis pengalaman mereka di blog.

Mereka akan mengembara dan 'beristirehat' di beberapa kawasan-kawasan percutian mewah - paling maksimum, 12. Third Home juga akan membayar bil penginapan untuk pasangan yang dibawa calon tersebut.

Third Home berkata, calon yang berjaya mestilah seorang yang boleh menikmati benda-benda mewah dalam masa yang sama seorang pengguna media sosial yang 'hardcore'. Mereka dijangka akan menulis dan membuat video tentang pengembaraan mereka.

Tarikh akhir bagi pemohonan itu adalah pada 30 Mac dan pengembaraan dijangka bermula pada Ogos hingga November.

Untuk memohon, calon diperlukan untuk merekod vido satu minit menjelaskan mengapa mereka individu terbaik untuk pekerjaan itu.
loading...

0 Response to "Syarikat Ini Tawar Kerja Bergaji RM44,000 Sebulan Untuk Travel Ke Lokasi-Lokasi Mewah di Serata Dunia..TAK SALAH MENCUBA..jom baca cara2 NAK APPLY..."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close