EH BETUL KER KAK MAH NAK JUMPA Rajnikanth ????...agak2 korang la, kak mah nak jumpa buat ap?..mungkin ada filem baharu kot...

loading...


KUALA LUMPUR: Laporan berita baru-baru ini yang menyebut bahawa terdapat permintaan daripada isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor untuk bertemu bintang filem Tamil, Rajnikanth, seperti yang disiarkan Malaysiakini pada Rabu, adalah tidak benar sama sekali.
Ketika menafikan laporan itu, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor, berkata spekulasi daripada sumber tidak berasas sangat tidak membantu.
"Datin Seri Rosmah amat menyanjungi Rajnikanth dan memahami bahawa beliau seorang bintang yang sangat ternama - di India dan di Malaysia.
"Bagaimanapun, laporan berita baru-baru ini yang menyebut terdapat permintaan untuk beliau bertemu Mr. Shivaji (nama sebenar Rajnikanth ialah Sivaji Rao Gaekwad) adalah tidak benar sama sekali.
"Tidak ada pun dalam jadual  lawatan ke negara yang merupakan sebuah daripada ekonomi paling pantas berkembang di dunia," katanya menerusi kenyataan, Rabu.
Menurut Malaysiakini laporan itu diperoleh daripada The Telegraph, sebuah laman web berita India, bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri dikatakan telah meminta untuk bertemu Rajnikanth.
Bagaimanapun, Malaysiakini gagal untuk mengesahkan dakwaan itu.
Najib, diiringi Rosmah, akan melakukan lawatan rasmi lima hari ke India mulai Khamis, meliputi Chennai, New Delhi dan Jaipur.

loading...

0 Response to "EH BETUL KER KAK MAH NAK JUMPA Rajnikanth ????...agak2 korang la, kak mah nak jumpa buat ap?..mungkin ada filem baharu kot..."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close